10 May 2018

Selamat Pagi Malaysia Baru!

Assalamuaikum. Alhamdulillah PRU14 seluruh rakyat Malaysia bersatu hati menggulingkan Barisan Nasional. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Rasa macam mimpi weh. Serius. Rasa macam tak percaya. 5tahun dulu aku memang F gila dengan Tokdet. Tapi tahun ni bila tengok dia bersungguh-sungguh nak gulingkan rejim Najib, aku sokong!

Kudrat tua yang gigih harungi caci maki. Turunkan ego untuk mengaku silap dia. Turunkan ego dia untuk mohon maaf pada orang yang dia ada buat salah.. perh! hebat weh.

Semoga geng Pakatan telus dan perjuangkan hidup rakyat. So far kita dah tengok macamana DAP perintah Penang, Pkr perintah Selangor.

Semoga akan lebih banyak kebaikkan untuk rakyat. Insyallah.

Amin.

Taniah rakyat Malaysia. Suara rakyat,suara keramat. Bye Barisan Nasional. Selamat menjadi pembangkang.

Kalau tak suka jadi pembangkang, keluar dari Malaysia ok. hahahahaha.. Macam syok pula guna ayat ni. kahkahkah

Now tak sabar nak tunggu DSAI keluar dari tahana penjara.

Siapa sangka weh, orang yang penjarakan dia jadi orang yang keluarkan dia dari penjara juga.

Bye!

No comments:

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016