20 May 2018

Pengajaran Paling Besar Dalam Hidup Aku.

Hello guys. Dah masuk hari ke3 kita puasa. Sat ja kan.

Harini aku nak cerita pasal aku baru ja terima pengajaran paling besaq dalam hidup aku.

Aku langsung tak percaya perkara macamni boleh jadi. Tapi itulah dia hidup.

Dan aku kena belajar jangan mudah percaya orang dan baik dengan orang sampai tak sedar orang perguna aku untuk kepentingan semata-mata.

Aku ada kawan, aku namakan dia SI Plastik. Baik dari kecik membawa ke remaja. Satu hari dengan niat nak tolong dan nak sama-sama bangun ubah ekonomi hidup..aku ajak dia join aku berniaga.

Indah gila time tu. Aku pujuk Eli untuk setuju. 3x aku ajak dia dan akhirnya si Plastik ni setuju.

Apa saja trip pasal bisnes, aku akan ajak dia teman aku. 1hari masa trip ke KL, masa gerak balik ke Sungai Petani, Si Plastik cerita dekat aku pasal bffffffffffff dia.

Cerita semua benda buruk yang si bfffffff ni buat dekat dia. Tiada langsung kebaikkan yang dia cerita.

Semua keburukkan sahaja. Sampaikan aku memang berapi la dengar bila ada orang buat dekat tahana manusia yang aku syg.

Si Plastik ni cerita sambil nangis-nangis dan sungguh- sungguh bagitau betapa dia terseksa n jadi seorang yang tak ada confident sampaikan tahap nak update status facebook pun takut sebab dia kata si bffffff ni nanti akan candek dia dan malukan dia depan kawan-kawan lain.

Sumpah lillahi malam tu tak ada satu kebaikkan pun yang dia ceritakan pasal bfffffff dia.

Dan kelemahan aku, siapa yang buat tahana dekat orang y aku sayang automatik dia jadi musuh aku juga. Dan aku memang jadi tak suka pada bffffffff si Plastik.

Tapi yang peliknya, si plastik ni tetap baik dengan bffffff dia. Dan bla orang pelik kenapa aku marah sangat dekat bffff dia, dia akan cakap dekat org y tanya tu bahawa bffff dia ada baiknya juga. Bukan jahat macam Piyah dok cakap.

Nampak tak permainan dia? Hahahah..

Aku bodoh. Kan.

Hari berganti hari. 2tahun lebih kami berniaga sama-sama. Dan makin hari makin teruk tikaman yang dia bagi dekat aku.

Api- api kan staff lain tentang apa saja arahan yang aku bagi. 10 arahan yang aku bagi 10 dia komplen belakang aku.

Menakut-nakutkan staff yang baru masuk kerja. Setiap hari weh dia menakutkan staff yang kena jaga kaun. Katanya aku ni suka marah bila ada silap kecil.

Bos mana tak marah kalau buat akaun dengan kesilapan yang sama berulang kali?

Bab kerja aku memang tegas. Tapi ada masa aku boleh bawa bincang.

Ntah la. Tak sangka betul ini yang aku dapat. Aku sayang dia ikhlas. Tapi rupanya dia ambil kesempatan.

Dengar lutut dia sakit. nampak muka dia pucat. Aku invest beli supplement yang terbaik bagi pada dia. Tak nak dah tengok lutut dia sakit. lutut dia bunyi kruk krak.. Tak berak banyak hari, aku beli garlic oil. Ambil la makan bila-bila yang dia nak.

Aku bukan nak harap dia balas budi. Tapi apa yang dia buat dekat aku sekarang ni sangat tak patut.

Salah aku juga benda ni jadi. Terlalu sayang sampai tak sedar dibenci dalam diam.

Dan,sampai keharini aku tertanya-tanya kenapa dia tak komplen depan muka aku tentang apa yang dia tak puas hati di opis.

Aku xpandai nak selindung. Tak pandai nak jadi plastik.Aku bodoh bab tu.

Bukan sorang yang mengadu apa dia komplen dibelakang aku. Tapi lebih dari 2orang. Cakap benda yang sama.

Aku sedar dia jadi celaka masa Disember 2017. Tapi aku denied. Aku anggap itu mainan hati ja.

Aku bawa dia pergi belajar fb ads yang bayarannya Rm1000/person. Yang bila aku tanya dia boleh jawab dia xingat apa pun yang dia belajar. Hebat aku terkena kan?!

Dia canang ke orang yang aku suruh dia layan customer sampai dia xsempat nak maka masa event MR, tapi dia tak cerita aku bagi dia ronda 1 event sampai 1jam lebih.

Booth MR aku bayar almost 8k. Transport apa semua habis dekat 12k. Tapi dia buat aku macam kuli dia xcerita dekat orang.

Dia canang aku susah nak dengar pendapat dia dan staff. Bila aku atau li bagi ruang dan peluang untuk bagi buah fikiran, semua menikus.

Dia xbagitau orang yang aku ikut saranan dan buah fikiran dia untuk join booth/event. Aku join sbb dia bg pendapat kami patut keluar buat sales offline. Ya aku ikut. Tapi dia still kata aku xterima pendapat org/staff.

Pegi event jenuh suruh berdiri bagi flyers. Macam aku kuli dia bos. Tu pun aku jhat. Tak puas hati juga.

Allahukabar. Sedih sangat bila orang datang cerita. Selama ni dia fake depan aku.

Tipu slip gaji untuk apply loan. Tak inform aku. Bank call baru aku tau dia ubah 100% slip gaji. Bila tanya baru mengaku dan dia sendiri mengaku, dia tak,sangka bank call aku sebab dia dah bagitau yang aku di Mekah.

Dan canang ke orang yang loan dia tak lulus sebab aku tak tolong dia. Padahal kesilapan dari dia sendiri yang tak inform pasal ubah slip gaji.

Dan langsung tiada perkataan MAAF dari mulut dia. Mungkin dia tak tau yang aku tau apa yang dia dok canang.

Tapi xapa la. Mungkin ini balasan untuk dosa aku yang lepas. Dan aku maafkan dia dunia akhirat. Aku halal duit ringgit yang aku pernah bagi dan keluarkan untuk dia.

Dan aku pun dah minta maaf pada dia selepas aku sedar yang dia plastik dan mungkin dia jadi macam tu sebab dia ada dendam dengan aku. Dia maafkan atau tak tu aku xtau sebab dia tak respon.

Dan hari yang sama juga, aku msg bffff dia minta maaf sebab aku sedar yang aku termakan ayat api dia. Dan bfff dia maafkan aku. Settle.

Apa pun, doa aku Semoga dia lebih berjaya dari aku. Amin.

Dan dia bukan lagi sebahagian dari PbySO®.

So ini memang pengajaran terbesar dalam hidup aku. Dan aku percaya ini balasan pada aku juga, mungkin aku pernah buat benda yang sama pada orang yang pernah sayang aku ikhlas.


Semoga aku sempat minta maaf pada semua orang. Amin.

---------------------------

Itu ja yang aku nak luah. Semoga jadi pengajaran pada yang lain juga. Berpada-padalah Percaya dan baik dengan orang. Dan carilah kawan dan circle yang baik.

bye.

2 comments:

aleen afifi said...

sangat tak patut la dia ni..org dh tlg bg kerja.bg kau macam macam.tuba kau balas.
nsiap tipu slip gaji tu melampau..dh tipu tu klu lulus loan even islamic loan..berkat ke haaa sbb at the first place dia sendiri tipu slip gaji kan.ckp bos p mekah la apa la..haihhhh menyirap plak kite.

mynameismy said...

huhu rasanya macam tau yg mana satu sbb anything kalau buat live ke buat event luar ke mesti nampak orang yang sama. pernah nampak juga piyah share pic masa kecik dengan dia dulu.

anyway bertabah ya piyah, Allah nak tunjuk. dan Alhamdulillah piyah xberdendam. biar org buat kita jgn kita buat org. cukuplah keluarkan je dia dr pbyso.. rezeki dia mungkin di tmpat lain pula.

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016