6 October 2017

CERITA KEHIDUPAN AKU DULU. TERIMA KASIH TUHAN KUATKAN HATI AKU & KURNIAKAN AKU KAWAN YANG BAIK-BAIK.

Hye


Purebysafiyyahosman adalah bisnes aku yang ke 10. Selepas berkali-kali gagal. Terima kasih pada tuhan sebab jadikan aku seorang perempuan yang hati kuat,hati keras & degil dan tak mudah mengalah.

Aku anak ke3 dari 4beradik. Mak ayah divorce masa umur aku 3tahun. Mak aku cikgu. Ayah aku kerja sendiri. Aku anak orang biasa-biasa.

Tak diajar untuk hidup senang. Banyak struggle sendiri. Yala anak dari broken family. Apa ja yang ada selain diri sendiri, tokwan, tok yang banyak tolong masa kecik. Tapi banyak hidup sendiri-sendiri. Berusaha sendiri. Since sekolah aku dah belajar kumpul duit kalau aku nak apa-apa. Tok & tokwan pula meninggal awal. Tak nak nak kena betul-betul struggle.

Aku start keja cari duit sendiri masa umur 15tahun lepas PMR. Keja dengan orang buat kuih raya. Habis SPM, terus cari kerja.

Masuk poli, 100% duit sendiri. Hidup di politeknik sem1-4 100% duit sendiri, duit along bagi kadang-kadang dan duit kawan-kawan yang aku pinjam. Duit mak ayah sepanjang di Poli yang aku guna adalah dalam RM150.

Sem 1 - Nak dapat duit aku minta mak buat mee kari, laksa. Aku jual di asrama poli.Masa ni Kiah & Fatiyah tolong angkat tong mee laksa naik turun tangga. Aku ketuk pintu bilik-bilik. Duit modal bagi balik dekat mak. Duit untung buat makan dan buat bayar paper utk assigment.

Jumaat - Sabtu kerja partime jual barang kecantikkan. Dapat la sikit duit untuk belanja.

sem1-2 ni aku banyak sangat makan duit Kiah. Dia pemurah gila tolong aku. Tak terbayar budi dia. Naim & Anuat pun bab makan banyak tolong aku. RM5 share 3orang makan mee sepinggan, air teh tarik segelas, air kosong segelas.

Kadang petang ada pasar malam, depa beli ajak aku makan tepi rumah sewa. Time puasa, sahur depa belanja. Sahur sama-sama dekat mamak.

Aku jarang balik rumah mak ayah. Sebab tak dak duit nak bayar duit minyak kalau nak balik sana.

Buka puasa, sebulan makan nasi dengan sardin ja. kadang makan nasi dengan telur dadar ja berbuka. Nak sedap sikit kalau Kak Ayu or Kak Dila belanja makan time berbuka.

Kadang kak bilik sebelah belanja makan. Dapat la makan sedap. Kalau tak aku makan apa ada ja. Makan roti gardenia 2hari berturut-turut pun pernah.

Lepas tu lapar gila, call Zana menangis-nangis ,minta tolong pinjam duit nak makan. Zana mai bagi duit RM20. Adoi sadis weh kehidupan aku di poli dulu. Struggle gila.

kadang tebal muka minta pinjam duit makan dari Muiz or Fitri. tebal muka weh. kalau x lapar.

Sem 3, dapat PTTN, hiduplah aku dengan duit PTPTN. Duit tu la bayar rumah sewa. duit makan. duit assigment. duit projek.

Sem4, start partime jadi PARTIME CLEANER di kitchen Hotel Sri Malaysia Kulim. Kemudian PARTIME di kedai kasut dekat Giant Kulim. Masa ni gigih cari duit untuk bertunang dengan Eli.

Sem 5-6 - dah kawen n mengandung. So senang la sikit hidup. hahaha..Tapi ada 1x tu, aku dengan Eli sesak gila. So nak tak nak, aku terpaksa jual cincin belah rotan aku yang Eli bagi masa merisik dulu tu.

Kiah tolong p pajak kot ka juai ntah dekat kedai di pekan kulim, time tu dapat la 600 kot tak silap. Kiah cakap dekat toke Emas tu, aku mengandung laki lari hahahahahha.. bengong gila. Tapi time tu memang terdesak nak pakai duit.

Aku rahsiakan dekat Eli pasal ni sampai tahun 2017 hahaahah.. Dia pun tak perasan pasai cincin tu sebab aku jenis yang xsuka pakai barang kemas. Aku baru cerita dekat dia bulan 3 haritu kot tak silap.

====================

KEBAIKAN KAWAN-KAWAN YANG AKU TAK DAPAT BALAS.

Sem6 masa mengandung, kawan-kawan banyak tolong bab mudahkan aku p kelas. Kadang depa mai ambil aku dekat rumah sewa. Selalunya yang tolong datang ambil wan la. lelaki. Tapi dia concern gila ke aku. Dia kesian aku jalan jauh kot. So tiap pagi dia mai tolong ambil ibu mengandung.

Kadang Umi or Ku Izzat mai ambil. Kadang aku jalan sendiri p kelas.

Maryam and the geng pula selalu teringat dekat aku kalau depa nak p makan apa -apa makanan yang sedap, Mesti depa ajak aku. Padahal depa kelas lain, tapi duduk 1rumah sewa.

Roomate aku masa sem6 pun baik juga.Suka tolong ibu mengandung juga. Siti nama dia.

Pastu tiap 2minggu Qis akan tolong hantar aku p bus stop untuk aku naik bus p dekat Eli. Kadang Umi tolong hantar juga.

Aku selalu doa dekat kawan-kawan aku ni semua. Semoga depa dibalas dengan beribu-ribu kebaikan. Tak terbalas budi depa.

================================

Kalau orang bagi 1juta untuk aku jalani balik hidup aku di poli. sumpah aku xmau dah. perit weh.

Terima kasih pada tuhan sebab bagi aku struggle untuk hidup. Hasil dari kesusahan dan trauma yang aku hadap dari kecik, hati aku kuat.

Bersyukurlah.
Dan selalu ingat, tiap kekurangan ada kelebihan.

Bersyukurlah.
Jangan mudah give up.

Yang kuat & akan terus kuat,
Safiyyah Osman.































 For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016