10 September 2017

Hello! Saya Kembali!

Hye.
Assalamualaikum.

Weh lamanyaaaaa dah tak update blog. Macam biasa banyak nak cerita. Tapi itulah. Kadang otak letih. Jadi malas nak bercerita.

Kehidupan aku, Eli & Adelia alhamdulillah, baik-baik ja. Turun naik macam manusia biasa.

Adelia pun dah sekolah. Dari tak pandai menulis dan tak pandai pegang pencil..sekarang dah pandai. Tulisan pun makin elok.

Bila nak bagi adik ke Adelia? Ntah la. Ada masa rasa teringin nak tambah anak. Ada masa rasa cukuplah seorang.

Sebolehnya nak all out dgn Adelia. Nak bagi kehidupan yang bagus untuk dia. Nak kepong dia dari anasir jahat 100%.

Aku pun sentiasa doakan Adelia punya takdir. Semoga takdir Adelia semuanya yang baik-baik walaupun mustahil akan jadi semua yang baik-baik.

Kalau pikir pasal takdir, memang menakutkan. Aku xnak takdir Adelia macam aku. Kdg benda ni yang buat aku takut nak anak lebih dari 1.

Ntah la........

=================

Latest update pasal pcos aku, alhamdulillah dah baik sepenuhnya. Baru-baru ni scan. Dah tak ada telur kecik-kecik yang tak jadi tu.

Keputusan pap smear aku pun normal. Happy me!

Dan aku pun dah masuk bulan ke2, diet. Bulan pertama aku buat diet atkins. Masuk bulan kedua, aku buat diet kira calori. Makan juga nasi. Tapi ciput ja.

Workout/senaman buat macam biasa. 4-6km atas treadmill. Basikal 30minit-1jam.

So berat dah turun. Now jadi 64kg. Loss 6kg. Alhamdulillah.

====================

Bisnes? Bisnes macam biasa. Ada turun naik. Adat berniaga. Tapi langsung tak melemahkan semangat aku dan Eli.

Eli baru settle 5hari kelas dengan Dr Azizan Osman. So kami rombak dan betulkan apa yang masih tak betul.

Proses pembelajaran yang tak akan berhenti. Banyak dan jauh lagi perjalanan kami satu team.

Staff yang tinggal semua yang dibayar gaji tetap + sorang part time.

Bisnes orang nampak macam senang kan. Tapi hakikat dia, pening kepala. Tapi inilah jalan yang dah dipilih.

So kena happy dan all out buat semuanya.
Alhamdulillah.








Bye.
Have a nice day guys.💋

1 comment:

Daddy KK said...

hello, hope bole follow blog saya dan review produk saya ye. TQ!

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016