7 July 2017

Hidup Ni Kena Redha Sentiasa

Hye.
Assalamualaikum.

Lama tak menulis. Entry pasal raya tu pun terperam dekat seminggu+ juga.

Macamana life aku sekarang?
Ok-ok saja alhamdulillah. Syukur. Cuma penat la sikit sebab Eli kan operate kepala lutut dia sebab jatuh. ACL.

So banyak benda aku kena buat sendiri. Tapi now dah dekat 2bulan dah, so banyak benda juga dia buat. Lipat baju..bagi mandi Adelia.. basuh berak Adelia. Basuh pinggan.. dia dah buat pada minggu ke 3-4 gitu. Kemas rumah pun dia dah start buat dah. Bawa kereta pun dah boleh. Alhamdulillah.

Aku style tak boleh sangat orang merengek2. Buat sakit terok2. Lulz. Sebab aku masa berpantang pun xda la merap teruk2. Banyak benda aku usaha buat sendiri.

So bila dia sakit, aku mmg banyak benda suruh dia buat sendiri..now dia dah bawa kereta dah. Legaaaaa haha..




Gambar Adelia tolong ambil. Hihi..







==============

Baru-baru ni ajak ayah teman aku buat kerja. Ayah tolong bawa van sebab aku xpandai bawa van.

Banyak benda sembang dengan ayah. Aku jenis suka pendam perasaan. Tapi dengan ayh, aku banyak la bercerita. Luah perasaan.

Ayah dok pesan " kdg benda yang kita rasa tak elok utk kita, tapi sebenarnya elok utk kita.. hg bykkan bersabar & redha."

Aku pun balas " ayah pun kena faham, mungkin ayah rsa benda tu xelok utk saya..tapi sebenarnya dia elok utk saya..."

Pastu dedua diam. Hahahaha.. Mesti ayah kutuk aku dlm hati. Ketegaq punya anak..ada ja jawapan nak menjawab hahahaha..

Sometime rasa macam nak bagi masa berhenti. Hahaha..nak lari jauh-jauh. Tapi nanti rindu Adelia n apak dia pula. Kan hahaha..

Ada kawan pernah tanya aku " piyah pernah rasa down tak? Rasa macam nak give up?"

Aku xreply soalan dia masa tu.. aku biar ja sampai sekarang.

Aku manusia. Mestilah pernah. Tapi itulah.. manalah kita boleh lari dari semua tu.. Nak tak nak, kena hadap dan move on. Kuatkan hati sendiri. Pujuk hati sendiri. Pujuk diri sendiri. Be brave. Be strong. Itu ja pilihan yang kita ada.

Walaupun makan masa, tapi time heals everything. Benda ni aku start pegang sejak aku umur 19tahun. Time heals everything. Sakit sekarang bkn bermakna sakit selamanya.

Mana benda y masih boleh tolak ansur, tolak ansur ja. Selagi tak bodoh, gerak ja kedepan.

Hidup perlu diteruskan.
Semoga hidup kita semua dipermudahkan.
Amin.

Bye.
Assalamualaikum.




- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016