10 April 2017

Sanggup Berhenti Kerja Kerana Nak Sambung Legasi Perniagaan Arwah Ayah. HEBAT!

Hye, Assalamualaikum.

Disekeliling kita ni dalam sedar atau tak sedar, ramai orang hebat-hebat. Salah satunya adalah Cik Nur Azrina Binti Asmawi.  Sanggup berhenti kerja sebab nak sambung perniagaan arwah ayah. Sanggup berhenti kerja di Penang dan balik kampung halaman.


Nama: NUR AZRINA BINTI ASMAWI
Umur: 30 thn
Pendidikan: Diploma in Civil Eng., PUO IPOH
Pendidikan: Bachelor Degree in Soc. Science, USM

Kenapa Azrina pilih berniaga?
Sebab perniagaan ini adalah peninggalan dari arwah Abah. Atas dasar minat dan perniagaan ni ada 'sentimental value' yang tak ternilai antara father-daughter. DAN niat utama juga sebab nak jaga mama. -- HEBAT KAN.

Bisnes apa yang arwah ayah Azrina tinggalkan?
Bisnes Book binding & Printing.

Kepakaran arwah ayah yang utama memang dalam menjilid buku.
Segala jenis hardcover boleh buat, antaranya;
1. Hardcover untuk tesis
2. Fail sijil
3. Jilid buku untuk dokumen kontrak bagi syarikat syarikat pembinaan
4. Dokumen plan kontrak

So now, Azrina pula yang continue kepakaran arwah ayah nya. Alhamdulillah.

=========================
BAGAIMANA ASA HARDCOVER BERMULA? ASA adalah nama yang diambil dari nama penuh pengasasnya iaitu  Hj. Asmawi Bin Hj. Arshad.
=========================

Tarikh 9-01-2017, genap setahun pemergian seorang insan yang terpenting, baik dalam keluarga mahupun warga ASA Hardcover. Pengasasnya, Hj. Asmawi Bin Hj. Arshad. Beliau adalah ayah kepada Azrina. Alfatihah untuk arwah En  Hj. Asmawi Bin Hj. Arshad

Jom baca apa yang ditulid oleh Azrina ,khas untuk pembaca blog Safiyyah Osman.

"Tarikh 9-04-2017 ini hari jadi Abah. Alfatihah untuk abah.

Bermula dengan modal simpanan yang ada, selepas bersara dari TLDM (AFATS 0074), Abah mulakan perniagaan percetakan yang dinamakan Percetakan ASA Sdn. Bhd. Perniagaan yang ada servis fotostat, jilid buku, barangan alat tulis dan keperluan pejabat. Perniagaan bermula dengan baik sehinggalah keadaan kesihatan Abah mula terganggu, ditambah pula dengan masalah pelanggan yang tak bayar hutang, perniagaan itu akhirnya terpaksa ditutup. Walaupun begitu, Alhamdulillah Abah tidak berhutang dengan mana-mana pembekal yang rata-ratanya berlainan bangsa & agama, hingga kini mereka ingat dan kenal Abah. :)

Saya mula belajar berniaga seawal darjah 2 iaitu tahun 1994, menjual kad kad raya, kad hari jadi di sekolah. Modal? Saya ambil kad kad yang tersusun bertahun, kurang sambutan di kedai Abah. Sehari saya jual, mampu bawa balik duit syiling hingga RM11. Rakan sekolah SK Sg. Rokam Ipoh, ada simpan lagi ke kad raya kome beli kat sekolah tu?

Cuba bangkit semula untuk mencari rezeki dalam berniaga, Abah buka pula sebuah restoren. Juga tidak berjaya, akhirnya ditutup dek kerana masalah pengurusan yang kurang baik.

Sehingga suatu hari, bermula dari rumah, Abah mulakan semula menjilid buku. Marketing dari kedai kedai fotostat sekitar Ipoh, merebak hingga ke pelusuk Seri Iskandar-Lumut-Kuala Kangsar. Order diterima dari orang perantara iaitu kedai kedai fostostat sebab Abah berniaga tanpa mendaftarkan perniagaan. Bermula dari situlah, perniagaan Abah mula rancak, tak menang tangan sebab semuanya handmade, manual. Walaupun manual, kemasan dan seni tukang yang Abah ada, SUPERB!

Hasil menjilid buku inilah, saya sempat menghabiskan pengajian di USM, B.Soc.Sc.
Saya mula ambil alih perniagan ini sejak Abah pulang ke Rahmatullah. Keputusan yang sangat berat untuk diambil, tapi inilah kenangan yang paling bermakna buat saya dengan Abah, legasi ini diteruskan dengan cara yang betul didaftarkan di SSM, dan inshaAllah akan ditambah baik dari semasa ke semasa. Kualiti dan kemasan sentiasa jadi keutamaan, ilmu menjilid buku ini saya belajar sekitar tahun 2008, bekerja sambil belajar. Saya sedang dalam pengajian di peringkat Diploma ketika itu.

Saya menjenamakan semula nama perniagaan, ASA Hardcover yang didaftarkan di SSM dibawah nama syarikat ASA Solutions Ent., yang dulunya orang Ipoh lebih kenali dengan nama Pakcik Binder. Nama Pakcik Binder memang tak komersial, tapi well known ooo!😂

Perniagaan ASA Hardcover masih tidak ada unit kedai, dijalankan di 'workstation' sebelah rumah. InshaAllah, doakan rezeki ASA Hardcover berkembang lebih maju!


TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN DAN KEPERCAYAAN ANDA MEMBUAT TEMPAHAN DI ASA HARDCOVER. "

Mohon, doakan agar Hj. Asmawi Bin Hj. Arshad sentiasa dalam lindungan Allah SWT, diampunkan segala dosanya, ditempatkan dalam kalangan orang bertaqwa dan ditemukan kembali dengan keluarganya di akhirat sana. Amin.

ALLAHUMMAGHFIR LAHU WARHAMHU WA 'AAFIHI WA'FU 'ANHU

AL-FATIHAH BUAT HJ. ASMAWI BIN HJ.ARSHAD
09/04/1953 - 09/01/2016

Terima kasih Abah.
Moga kita ditemukan kembali. InshaAllah!

Anak Abah❤Mama,
Nur Azrina Hj. Asmawi
Ipoh, Perak.

.

So? Dah tau kan mana nak cari tempat untuk jilid buku or apa-apa yang uolls nak jilidkan??





kemas kan?
memang superb!


















.
Azrina hanya ada 2 akaun sahaja untuk bisnes ini, masih dalam proses untuk bina web;so boleh rojer laju-laju okeh.

Facebook: https://goo.gl/oRtXfU
Instagram: https://goo.gl/z5jPYk
.
.
Sebarang pertanyaan, anda boleh terus whatsapp tau.
AZRINA ASMAWI
013-5306607


bye.




















For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com

No comments:

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016