24 January 2017

Ya. Aku Dan Eli Bermula Dengan Modal RM6k Sahaja.

Hye. Assalamualaikum.

Tahun ni, bila sampai 1.September.2017, cukup lah usia Purebysafiyyahosman 2tahun. Sumpah rasa sat gila.

Bermula dengan kudrat tangan tanpa mesin,masa masih dibanting..aku buat sorang-sorang. Modai dalam 2000-+..Time tu buat sikit-sikit 5-10bekas ja untuk letak di butik vendor murah-murah.

Lepas pindah Sp, time tu Eli pun setuju nak jadi partner aku, baru la kami dam modal..share duit yang berbaki..jadilah RM6 RIBU. Gamble ambil stoksit. Lepas tu rugi teruk sebab barang rosak masa penghantaran. Pos guna kotak, tapi sampai dekat stokist dalam guni.

 Guna pula duit stokist untuk rolling balik. Untung time tu tinggai 2 RIBU ja.. Dengan time tu sewa van buruk ja p KL, untuk ambil jar kaca tu.. sewa van saja dah RM500 untuk sehari. Harini p KL, esok tu terus balik..sebab kalau sewa lama-lama sewa jadi mahal.

Buat kecik-kecik ja dengan Eli, bergilir buat face mask, body scrub semua.. dah la sekali buat dapat dalam 10-20bekas ja ..hahaha..memang penat.Tidoq sehari 2jam.. dengan Adelia pun kelaut habis.

Pastu rezeki keluar METRO. interview bulan 11/2015 tapi keluar pasal Purebysafiyyahosman bulan 1, 19.januari 2016. Tapi terima ja sebab benda free. Tetap bersyukur. Time tu stokist pun dah ada dalam 30orang dah.


ni gambar yang disnap oleh kawan poli aku.
Fitri. Minta tolong dia..ni juga bilik production Purebysafiyyahosman di rumah.


Bab dapat masuk paper percuma ni aku sangat-sangat berterima kasih pada Kak Ezy. Sampai bila-bila pun aku xlupa apa yang dia dah bantu aku. Mula tu aku segan juga nak tanya,takut la kan..sebab benda-benda ni susah orang nak share. So 1hari tu,aku PM tanya kak Ezy. macamana cara dia boleh masuk paper dan tv dengan kerap. So dia share. Masa tu la baru aku tau.

Pastu aku ni jenis tak pandai sangat nak bahasa formal-formal..so Kak Ezy juga yang ajar. Dan paling terharu, apa ja jemputan yang dia xdapat hadir, dia akan jual nama aku ke wartawan tu. Terima Kasih kak Ezy. Jasa akak saya kenang sampai bila-bila.

Dan dari apa ilmu dan tunjuk ajar yang aku dapat dari Kak Ezy, aku follow dan buat. Alhamdulillah. memang menjadi. Betoi kata Kak Ezy, kalau kita sendiri malu dengan apa yang kita buat..kita niaga..siapa lagi yang nak angkat produk kita..kalau bukan kita sendiri. Dalam niaga jangan malu. --ni apa yang Kak Ezy bagitau aku dulu masa mula-mula aku tanya dia.

So dalam masa nak masuk 2tahun ni, Purebysafiyyahosman dah masuk media cetak dalam 6x dah secara percuma. Media massa pun dah masuk 5x. percuma juga. Alhamdulillah. Dapat keluar di tv3, tv9 atas rancangan SIS. tu paling boost kaw-kaw.

Berpeluang demo cara buat produk sendiri di tv dalam Rancangan SIS TV9.





Pastu rezeki dapat masuk thevocket.Ini sangat-sangat membantu, Terima Kasih pada Diyana AR.

==============================================


Walaupun Purebysafiyyahosman tak dapat nak apply KKM lagi sebab buat kecik-kecik dekat rumah ja, tapi cita-cita aku nak juga cari kilang untuk dapatkan KKM. Sebab orang perseorangan macam aku ni tak boleh nak pegang bahan kimia n tak juga boleh apply KKM.

.so pegawai tu kata, buat ja dulu, nanti usaha cari kilang GMP dan minta depa buatkan.

Ingat lagi masa bulan 3-4 tahun lepas, aku dengan Eli p KKM bawa semua produk..sekali bila pegawai KKM bahagian kosmetik tu tau kami buat dekat rumah, dia suruh balik. dia sempat la buka cium body scrub aku n lip scrub..hehehe

Dia cakap dan dia memang rekemen suruh cari kilang yang bertaraf GMP untuk packing dan buatkan untuk kami. So nanti senang dapat KKM. --- Kalau buat dirumah, boleh buat dulu. Tapi memang tak boleh apply KKM.

so kami tengah usahakan ke arah itu. Sebab sekarang ni sambutan pun alhamdulillah sangat menggalakkan. Kalau dulu buat 100-300pcs ja tiap produk..lani menjangkau 700-800pcs.. Staff pun dah ada 8orang dah.. nak masuk lagi sorang..akan jadi 9orang..huhuhuhu

Tahun ni juga, untuk stokist dapat la harga rendah sikit. MOQ sama. Stokist Purebysafiyyahosman xsama macam stokist produk OEM. stokist purebysafiyyahosman modal kecik, pegang barang pun kecik. Dalam 6pcs paling sikit depa restock. Paling banyak 12-20pcs macam tu. Aku memang tak lepas banyak sebab produk purebysafiyyahosman ni xda pengawet paraben..Banyak guna vitamin E ja. So depa juai habis..pastu baru depa akan restock.


Stokist untuk tahun ni pun tinggal yang betul-betul boleh bagi komitmen ja.. yang tak boleh semua dah keluar. Tahun ni memang all out habis dengan stokist dan agent. Jadi stokist Purebysafiyyahosman, even agent atau dropship pun akan diajar pasal fb ads FOC dan diajar cara nak deal dengan customer. Dekat Purebysafiyyahosman tak diajar close sales macam robot.

====================================================

Lepas ja masuk paper tu, orang memang makin kenal.. lepas tu dapat jemputan masuk Slot DIY di tv Al Hijrah. lagiiiiiiiiiii makin dikenali... dan dari rumah sendiri. dari berdua.. kami berempat.

Terpaksa cari rumah sewa lain. dan terpaksa cari staff parttime. Masa tu dapat Kak Su (kerja sampai sekarang dengan kami) dan Nazihah. Baguih la depa ni kerja. Rasa bertuah gila.




Bila staff dah ada, tenaga kerja buat produk xda..aku sorang ja.. bincang-bincang dengan Eli, Eli kira duit ..ok ada peruntukkan untuk beli mesin heavy duty sebijik. Time xdak mesin. produk memang asyik putus ja. Stokist semua bising.

mesin yang ditambah sikit-sikit. mesin kedua ni baru ja beli sebelum pindah.


Bila dah beli mesin, problem pula dekat packaging. Dulu pakai bekas kaca.. kerja pecah ja masa buat penghantaran. Tukar packaging. time tu balut n seal produk guna surat khabar ja.. xda lagi peruntukkan untuk beli bubble wrap. Sampai ada customer yang komplen..kenapa wrap guna paper..x guna bubble wrap.


lepas tu settle masalah bubble wrap. timbul masalah pasal kotak pula. Sampai sekarang pun kami masih xda kotak packaging sendiri untuk stokist... sebab xmampu lagi nak kearah tu.

kalau dulu, kami keja mengemis kotak dekat kedai runcit depan rumah tu ja.. sekarang dah lega sikit sebab upah adik pada staff purebysafiyyahosman untuk bawa kotak ke opis. Sebab dia keja klinik, klinik dia banyak kotak elok-elok bersih..dan macam-macam saiz. so now sampai sekarang kami ambil dari dia.

So sekarang, memang settle dah la masalah di bahagian production.

-------------------------------------------------------------------------

Lepas tu hujung bulan 10-11, lepas balik dari kelas DR Azizan, permintaan makin meningkat. staff makin ramai. Rumah aku sewa tu pun kecik ja. Lama-lama bila staff bertambah..aircond terus xrasa.. hahahaha.. so tu yang kami pulun cari kedai pula.

masa mula nak masuk rumah sewa khas untuk Purebysafiyyahosman.
Sebab rumah sewa tempat kami tidoq dah xboleh tampung production.
masa ni xda lagi staff..

time ni cuci bertiga.. Eli, Aku dengan Capit(bfffffffffffffff aku)
letrik upah bfffffffffffffffffffff aku gak hahaha..rezal n Pali.

Ingat lagi, masa aku still dok buat produk dekat rumah, Asma(bffffffffffffff aku gak) mai tolong buh foot soak dalam bekas..
adoi..kenangan kenangan.



rumah sewa lama. teres murah setingkat.
rezeki dapat sewa RM200 sebab ni rumah maksu Capit.
masa ni memang tak da lagi bubble wrap. balut produk guna surat khabar.

pastu baru ugrade ada kotak dari klinik dengan bubble wrap.. 



Sebulan cari kedai area Sungai Petani, Alhamdulillah dapat dan masyallah..selesa gila.

ni la kedai yang kami dapat. besar dan tingkat 1.
sewa pun alhamdulillah murah RM600/month.


upah pasang aircond.
Brader ni rezal yang tolong cari.
baguih gila. keja pun kemas.
untuk aircond sahaja RM4000

cat kami upah brader yang dok di Bedong. Wife dia Pm di facebook.
brader ni pun buat keja kemas gila dan menepati masa.
untuk cat,bersih kedai, kena RM4500.


Kapet upah pakistan. Keja pakistan bila tak tengok biasa la..
xpuas hati sangat kerja dia..tapi pejam mata la..
untuk karpet full keseluruh kedai kena RM2900


Pasang lampu semua, minta rezal yang buat.
Eli yang reka kedudukan lampu. Eli lukis n Rezal follow.
Rezal buat dengan Pali.
total untuk lampu dapat la harga kawan-kawan.
hihihi


ni bahagian belakang untuk staff bahagian packaging.
besar dan selesa.


ni bahagian depan.
tak siap lagi hingga sekarang.
so retail memang tak buka pun lagi.
tapi dah ada customer yang walkin.


bahagian depan juga.
idea sepenuhnya dari Eli.



besar la space depa banding masa dekat rumah sewa lama dulu.

bahagian packaging 2orang ja.
orang lain tak boleh kacau. Sebab bila silap pos or apa-apa, gaji akan dipotong hehehe

---------------------------------------------

bertambah blender heavy duty.
ni dalam bilik production.
2staff juga untuk bahagian ni.

mesin untuk filling botol.



ni staff-staff untuk bahagian admin dan sales.
meja i ja tersorok sikit hehehe

next doakan kami untuk upgrade ke SDN BHD.
Insyallah.
Amin.

------------------------------------------------------------------------------------

Aku dan Eli tak sangka pun akan macam sekarang.
walau pun slow..dan kecik-kecik.. tapi sungguh..tak mustahil akan jadi besar.

Kadang rasa macam mustahil gila, nak jadi besar dengan 6k ja modal.. Tapi tula..bila terpaksa keluar dari comfort zone..kita memang jadi lebih bersungguh-sungguh.

Apa yang aku belajar, apa pun kita kena START. biarlah kita start slow-slow xterus jadi hebat pun xapa..
sebab nak jadi hebat, kita cuma perlu ada keberanian untuk bermula.

kalau tak mula...kita memang tak kemana.

--------------------------------------------------------------------------

sapa yang follow aku dari tahun 2015, tau la macamana tahun tu buat aku down. Tapi aku lawan.
Tahun 2015 memang tahun yang susah untuk aku dan Eli. Untuk Adelia juga.

Aku kalau sorang-sorang tak rasa stress sangat. Sebab dah biasa hidup sentiasa kena struggle..dari kecik kena sentiasa struggle untuk hidup yang happy.
so dah biasa.

Tapi bila ada anak..ada laki..sedih gila kot kalau kena hidup struggle n susah.
Ingat lagi,macamana aku takut nak tengok muka Eli time dapat surat dari MAS tu..

Aku terpaksa jual habis mainan Adelia..jual habis kasut aku..bag aku..almari kesayangan Eli..semua kami terpaksa jual.

sedih gila bila ingat balik.

--------------------------------------------------------------------------

so..mana-mana yang tengah down ke..jangan putus asa ok.
stast ja dengan apa yang kita ada. Ada sikit start sikit.
dan bila mula, buat bisnes, kawal diri dan disiplinkan diri jangan guna duit bisnes sewenang-wenangnya.

Start dan disiplin diri.
jangan rompak duit perniagaan sendiri kalau nak bergerak maju kedepan.

good luck untuk semua.
semoga tak berputus asa.

ingat, nak jadi hebat..kita kena mula.
jangan tunggu jadi hebat dulu baru nak mula..

bye.
assalamualaikum.



For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com

1 comment:

Nona Qiyah said...

Betul, saya setujuuu

Suka yang nih

ingat, nak jadi hebat..kita kena mula.
jangan tunggu jadi hebat dulu baru nak mula..

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016