17 January 2017

Senang Ke Jadi Founder?


Hye. Hello. Assalamualaikum.







Baru-baru ni ada orang tanya, best ke jadi founder produk??..Aku memang krik-krik la xtau nak jawab. hahaha..



Best ke?? boleh la. Jadi founder ni pening dekat nak handle orang bawah-bawah ...pening fikir pasal marketing pun ya juga. keadaan aku dah xsama macam keadaan aku masa mula-mula buat Purebysafiyyahosman.



Memang 100% berubah. Tak tau nak cerita  macamana. huhuhuh.. Cuma aku suka, aku yang sekarang ni , dah xsebarangan buat apa benda pun. Semuanya aku berhati-hati. Dan dah kurang melaser macam dulu hehehehehe...



Ntah la malas dah nak ada masalah dengan ntah siapa-siapa. Malas dah nak port dengan benda yang tak penting. lantak kau la.. sekarang memang nak 100% lari dari masalah yang sampah.



Sebab otak aku nak bekerja untuk benda dan perkara yang lebih bermanfaat gittewww. Walau pun kadang-kadang rasa nak melaser. hewhewhew..



Bila ni ja sumber pendapatan aku dengan Eli, memang otak akal sangat la perlu bekerja keras. So benda ni buat aku fikir lebih panjang sebelum aku buat apa-apa.



Bak kata mentor aku yang kedua, Diusia aku macamni, cuba jangan jadi orang yang bodoh. Cuba jangan CREATE PROBLEM. Just try adjust n jalani hidup tanpa masalah yang bodo-bodo.



Dan jadi kejam untuk kepentingan bisnes. Sebab masa jatuh, orang akan ramai gelak. Dan masa berjaya, orang akan ramai menunggu kejatuhan kita. So kena sentiasa ready dan steady.



Elak bercampur dengan orang yang merugikan diri kita.



-----------------------------------------------



Sebenarnya, aku jumpa mentor aku yang kedua ni pun secara kebetulan. Lepas aku di kutuk,dihina oleh orang yang rasa diri depa sangat HEBAT.. Masa aku kena tu, aku memang stress gila dan rasa sangat la bodoh teruk.... hampir-hampir keyakinan aku turun jadi 0%..



Tapi slow-slow aku pujuk hati sendiri. Berulang-rulang aku cakap yang semua yang jadi ada hikmah. Tuhan ada nak bagi aku something yang lain. So aku buka google, aku google benda yang memang dah lama aku dok cari tapi xjumpa.



nak dijadikan cerita, petang tu aku JUMPA. JUMPA orang yang aku cari untuk jadi mentor aku. Dan bonus, mentor aku tu bukan ajar aku benda yang aku nak saja..tapi dia ajar aku tentang hidup dan setiap kali jumpa, xpernah jemu dia tanya pasal perkembangan bisnes aku.



Dia betulkan apa yang salah dan share tips-tips yang sangat berguna. Betul la..ada hikmah untuk apa yang dah jadi. Itu lah kehidupan. Jadikan apa yang mendownkan kita tu sebagai batu loncatan untuk kita lebih kedepan.



Hari ni, aku dah ok. dah pulih sepenuhnya. Dah ready untuk tahun 2017 ni. Dan lebih teratur. Steady Piyah! gitteww kata hatiku.



======================================



Dan baru-baru ni aku dapat jemputan untuk muncul dalam media cetak lagi. Keluar bila tu xsure. Tapi happy sangat sebab dapat 2slot terus.



Hari Rabu 11.1 tu aku gerak ke KL salah  seorang staff  merangkap budak sales dan PA kecemasan hehehe..





Pandai Hilmi ambil gambar tau hahahaha..


nampak kurus itu penting. kahkahkahkah


berat aku lagi 2kg jadi 70kg.










Ni Mira 1 yang snap.


gila wei boring naik ETS tapi best sebab nak kencing ka apa,jalan ja dalam tu.


better banyak dari naik bus or kereta.





-----------------------------------------------------------------------------







Di make up oleh Adila Malek. Sumpah puas hati. Sebab aku nampak segak hahahahha.. Adila Malek ni pun aku booking last minute. Dah ada dalam train, baru wartawan bagitau yang aku kena makeup dan pakai macam perempuan. Ber heel bagai. Tapi aku cakap yang aku memang xbawa heel..aku pakai sneakers.



Cuma usaha untuk make up to insyallah boleh. Dalam ETS tu aku cari MUA guna hashtag. jumpa uolls. terus booking. Selamat la Adila Malek free dan boleh makeup.



So disebabkan urgent, Adila Malek caj Rm350 sebab urgent. So dia dari Seremban weh mai hotel di Bangsar. Dia sangattttttttttttttttttttttttttt la baik. sebaya aku. Aku suka la dia. friendly. kurus cantik ja. putih melepak-lepak!



Dan sumpah aku memang xmau cari MUA lain dah kalau p KL. hehehehe..aku nk look mcmni juga. hui rasa segak xhabeh lagi ni hahahahahha



Dan apa yang aku suka pasal Adila Malek ni, barang dia guna semua barang yang bagus. bukan siam mari. NARS, MAC..BOBBI BROWN...Dia xguna lipstick mate yang ntah berapa kilo ada plumbum..dia xguna ok. bagus sebab dia fikir customer..bukan fikir nak kaut duit semata-mata.







So siap makeup dalam jam 9.30 gitu. turun makan nasi goreng. Pastu call uber. Senang gila uber. Kami naik 3x uber. 2x dapat driver ok. lagi 1x dapat driver kuat beletiaq hahahah..







feeeeeeeellllliiiiiiiinnnnngggggggggggggggggg sangat.












sesi untuk slot pertama.


untuk slot kedua xtau la apa rupa aku. sebab aku ni sebatang kayu kalau stranger yang snap.


tq Mira 1 & Mira 2..heheh








founder sangatttttttttttttttttttttt..kakakaka


Eli dengan Mira 1 la yang suruh aku pakai mcmni.


Ikut kan xkuasa la aku nak pakai jacket ditengah-tengah panas.





-----------------------------------------





Hbais-habis ja photoshoot tu, terus naik uber p KL Sentral. cari locker, p berjimba sat dekat NU


Sentral.





Masuk toilet cuci makeup dulu.





Biasa aku pakai soap, tapi sebab soap ada dalam loker sekali bag, maka pakai fc wash yang Mira 1 bawa.


Cuci makeup guna ESA Golden Jojoba Face Oil.





lepas tu cargas p tengok movie..dengan xmakan semua..







Mira 1 belanja tengok cerita Dangal. Serius best. 10/10 aku bagi. true story ok.


lagu pun best juga.





------------------------------------


jam 6.22ptg, gerak naik ETS balik Sp.






naik 2kg aku hahahaha..


keja makan ja.





------------------------------------------------------





Sekarang kembali bekerja seperti biasa.


Selamat bekerja juga untuk uolls.








bye.



For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
















1 comment:

dorsett pink said...

Cantik adilla tu mekap

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016