18 November 2016

Saya Sayang Staff Saya.

Assalamualaikum.
Hello.

Isnin & Selasa haritu, bawa staff Purebysafiyyahosman p tidor dekat Lexis Penang.

Saja reward depa, sebab keja makin teruk..makin banyak. So nak bagi fresh sikit mood depa.. Aku dengan Eli setuju nak bawa.










Gambar awal tahun ni..

Alhamdulillah. Lancar. Walaupun depa sesat barat. Hahahaha.. Depa p dulu Penang, sebab depa plan p Bukit Bendera. Aku dengan Eli n Adelia terus ke Lexis.

Bilik sebelah-sebelah ja. Senang. Kak ana bawa anak, kak su bawa anak menakan, Zainab ja bujang.


























Lexis ni best dan tenang. Dapat pula bilik tingkat 21. Memang tenang la.

Merasa la depa tidur sini. Sebelum ni aku la dok certa pasal p tidur sini.. Tu yang boleh terpikiaq nk bawa depa bagi rasa apa aku rasa pula hehe..











Depa pukui 1.30 pagi ajak aku sauna hahahaa.. Selamat aku dah beradu.. Kalau x memang join dh.. Boleh selfie2.. 😂😂

Happy sangat tengok depa happy. Masing-masing balik dari Lexis semua tiduq xsedaq apa hahahaah..

Rabu masuk keja macam biasa.. Mood pun ceria ja.. Hehehe..

------------------










Sekarang.. Order memang memberangsangkan dari stokist, agent & customer.

----------------

Selalu aku dengan Eli dok belanja depa makan ja.. Ni la kali pertama bawa p enjoy mcmni.. Next plan nak bawa p Pulau pula kalau ada rezeki lebih.

Zainab sensng sebab dia bujang..hehehe.. Dia on sedia.. Kak Ana dengan Kak Su la.. Kna follow waktu depa juga..

Nanti bertambah lagi 2 orang.. Jenuh plan date yang sesuai..hahaha

-------------------








Ada orang kata kenapa aku dok bagi staff reward sedia-sedia.. Belanja makan la.. Produk y ada terlebih pun dok bagi depa bawa balik.. Xrugi ka??

Ntah la..aku dgn Eli xrasa rugi pun.. Sebab kami pun terhutang budi juga pada Kak Su, Zainab & Kak Ana. Termasuk la ex staff kami, Nazihah.









Depa ni kerja bagus. Depa buat opis kami macam rumah depa sendiri. Kebersihan depa jaga.. Kerja pun xberkira..

Xkan la gamak kami nak berkira dengan depa.. Xgamak wei..

Setakat belanja makan bagi depa happy.. Bagi rasa seronok n selesa dengan kami , akan jd rugi? Mesti la xrugi.

Kita tak pernah rugi pun buat baik dengan manusia.

Contoh terdekat, ayah aku sendiri. Ayah aku baik gila-gila sampai kadang aku xboleh nak hadam hahahah..

Tapi bila pikiaq-pikiaq balik, segala kebaikkan yang ayah buat pada org lain, mungkin Allah balas dan bagi semula kebaikkan tu pada anak-anak dia.

Anak-anak dia so far hidup alhamdulillah, walaupun xboleh lari dari ujian, tapi hidup makin elok. Ada saja rezeki yang datang.

Ayah aku, hg buat la tahana apa pun dekat dia, dia steady..boleh sembang ..senyum salam mcm xdak apa..

Aku y kadang hangin hahaha.. Kawan baik dia susah, dia sanggup bagi moto skali geran2.. Punya la nk senang n mudahkan kawan dia..

dulu aku xfaham.. Tapi sekarang aku faham. Buat baik dengan orang,mudahkan org, happykan orang xpernah rugi.

Xdapat balasan dekat kita, dpt balasan dekat anak kita, adik beradik kita. Mak ayah kita or sepupu sepapat kita n kawan kawan baik kita..

So jawapan aku untuk soalan atas tu, aku dan Eli xrasa rugi. Rezeki y kami dapat sekarang ni, terselit rezeki staff Purebysafiyyahosman juga.

Dan semoga depa pun dapat pahala juga sebab bantu kami buat produk yang xmemudaratkan orang lain. Amin.

---------------
Harapan aku pada depa, semoga depa kerja dengan aku lama & kalau boleh besar dan berusia bersama-sama kami jua.

Insyallah.
Kita hanya mampu merancang, selebihnya perancangan Allah yang lebih baik.


------------------

Bye.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.


Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016