17 October 2016

Apa Yang Aku Dapat Dari Kelas Dr Azizan Osman.

Assalamualaikum.
Hello uolls.. Ok aku masih di Nilai. Esk baru balik Sungai Petani.

So aku datang KL ni sbb attend kelas Dr Azizan Osman untuk kali kedua. Sebelum ni aku join IMKK Sept 2016.

Walaupun org kata Dr Azizan Osman, penipu. Tapi dalam IMKK dia xajar kami jdi penipu.

Ada y tahap samakan Dr Azizan dengan Dajjal. Hahahahaha sakg aku kata bodo marah. Hahahaha tp tula statment kurang ajar dan moron aku pernah dengar.

Dajjal tu apa y dia bagi semua kejahatan. Macamana la hg dpt idea nk samakan dajjal dengan Dr Azizan Osman. Bongoks.

Dalam IMKK, memang bersih jiwa raga wei. Betapa pentingnya ALLAH. Kita selalu lupa. Tapi Dr Azizan Osman, dia sentapkan kita sesentap2 sentapnya. Dia xjudge kita. Tapi dia didik kita macamana nak connect dengan Allah.

Xtau mcmna nak cerita, kalau nak tao n rasa kena p IMKK.

Dr Azizan Osman sangat tekankan pasal jaga hubungan dengan ALLAH. Jaga hubungan dengan mak ayah dan adik beradik. Kalau yang perempuan kalau berkahwen, hubungan dengan suami kena tiptop.

Kita ni bla dah lama kawen, akan ada perasaan mcm xpuas hati ke suami/isteri. Tp kita pendam y lama-lama jadi barah. Salah sikit bergaduh serupa Nazi.

Padahal kalau ingat balik zaman bercinta, xda pun mcm tu kan. Ha hg masuk IMKK, Dr Azizan Osman ajar macamana nak lepaskan segala kemarahan dendam tu jauh dari hati dan otak kita.

Hasilnya, aku dan Eli jadi mcm org baru bercinta LOL.. Kami skang ni kalau gaduh pun 2minit ja hahahaha.

Hati lebih tenang. Hasil basuhan dari Dr Azizan Osman, solat aku dah xtinggal wei. Alhamdulillah atas hidayah yang ALLAH bagi. Betul la hidayah perlu dicari. Bukan tunggu.

Bila aku macamni, semestinya ayah aku dan adik beradik aku n mak mentua aku paling happy.

Mak mentua aku petik " alhamdulillah setan dh kluar dri badan hg" kakakakaka..

Ayah aku pun happy sbb dia buat macam-macam nak tarik aku sedar jadi manusia y ingat agama.. Biasa la jiwa muda kdg pikiaq tu mcm moron sikit bab tuhan. Mungkin doa mak ayah aku juga dah makbul.








Ayah kata " aku xkisah org nk kata apa.. Tapi aku gembira sbb Azizan Osman dah buat anak aku balik ke agama Islam, solat xtinggal"

Alhamdulillah. Aku jadi mcm manusia baru. Lebih positif dan lebih tenang jiwa aku.

Aku p IMKK bayar Rm259 kot xsilap.. Tapi ilmu yang aku dapat, ketukkan terus ke jiwa yang aku dpt mmg berbaloi dan terlebih-lebih berbaloi.







Ingat lagi masa aku masih byk biawak dlm kepala.. Aku kata dkt Eli, "kalau Dr Azizan Osman byk dok ckp hal agama..i nk keluar dewan!"

Sekali masuk, xkluar2 dewan hahahahahaha.. Dr Azizan Osman cakap hal agama, tp cara dan penyampaian y cukup2 buat hg rasa nk bertaubat la-la tu juga.

Xtau nak cakap mcmna.. Kna p duduk n rasa. Makesure bawa baldi utk tadah air mata sekali hahahaha..

Ada y tanya, mmg semua dlm IMKK tu aku suka ka?







Hahahaha ada la part y otak aku xleh terima.. Terutamanya y rod aura tu.. Sbb aku rsa mcm brader tu y hayun tgn dia sendiri 😂😂

Tapi mana y baik, ambil. Mana y xelok jadikan teladan. Dia manusia kot, mana mampu nk puaskan hati manusia lain 100%.

Pastu orang tanya aku.. Betul ka dalam kelas Dr Azizan Osman banyak menari??

Tula p xmau.. Pastu dok dgr cakap org y xpernah p tp buat bijak. Menari ala-ala zumba seminit hanya untuk segarkan badan ja. Mana ada dia ajak menari mcm dlm disko pun.. Pak ustaz pun join sekali bara baraberebere tu.. Sbb utk segarkan badan..

Ampa tau dak bayar 259 mcm tu utk kelas y start dari jam 8pg sampai 1pgi.. Ada kerrr kelas seminar smp tahap waktu tu???

Dan ramai y xtau, ada slot utk bacaan zikir yang di guide oleh ustaz yang speaking london superb gila.

Kira bagi aku balance la.. Xla rasa boring n skema.

Pastu ada lgi y tany, betoi ka, semua melayu ja yang dok mai kelas Dr Azizan Osman??

Ni der tula.. Orang suruh p xmau.. Ada ja Cina India mai.. Masa IMKK, cina india tu pun menangis kaw2 masa semua org islam menangis.

Dan ada ja cina India y buat duit kaw2 sampai berhenti kerja dari bidang pro utk fokus bisnes sbb bisnes menjadi lpas belajar dgn Dr Azizan Osman.

Mana y elok ambl ok. Bukan rugi pun. Bab dia bohong tu dia dengan Allah. Dia ja tau apa y betul.

Cuma ilmu y dia bagi mmg dia bagi betul2 all out.

------------------------

Mana nak cari orang y duit juta-juta nk bagi jalan dekat hg sbijik-bijik semata2 utk bisnes y dia xada ambl % pun kalau bisnes tu berjaya.. Kalau hg rajin khatam buku khatam la..

Tp jgn kutuk org y sanggup bayar org lain utk dia terus dapat input.






Hg berdiri, bagtau apa bisnes hg n apa masalah bisnes hg.. Dia trus bagi jalan dekat hg apa hg kna buat... Padahal hg byr dia cuma bapa dit ja..

Hg byr paling murah pun dia akan bgitau apa y hg perlu buat kalau bisnes hg stuck. Nk dpt trus jalan tu masa dlm kelas dia, hg jgn malu la nk berdiri angkt tgn utk bercakap.

Untuk kelas MMM ada sorang kakak ni anak 12orang weiii ... 8org anak pmpn, 4lelaki. Dia bangun mint pendapat Dr Azizan Osman nak buat satay frozen.

Bla doktor Azizan bgtau dia kenapa nk buat benda y dah ada.. Buat la buku! Buat ebook! Cerita mcmna dia besarkan anak 12org dlm msa skang ni..

12org weiii bkn 2org hahahaha.. Kakak ni cikgu, now dh berhenti. Harap kakak tu follow idea Dr Azizan Osman. Tobat gempak!!

Aku anak sorang pun dh pening kepala 😂. Jadi Tarzan sentiasa dulu.

----------------





So aku xrasa rugi p kelas Dr Azizan Osman. Aku rasa berbaloi. Aku lebih konfiden, gagap gugup gabra semua dah hilang wei...

Sales aku sebelum masuk kelas, 350k setahun. Bulanan purata Rm30k. Harap dengan ilmu yang aku dah serap dalam kelas Dr Azizan Osman, akan bleh boost aku punya sales lagi.

Aku banyak belajar. Pasal marketing, pasal cash flow, pasal sistem..mcmna bayar tax.. Dr Azizan Osman n Tuan Jerry sangat suruh kita byr tax & zakat.

So depa guide kita. Berbaloi ok.

Terima kasih pada Allah atas semua hidayah ini. Dan terima kasih banyak-banyak juga pada Dr Azizan Osman dan Tuan Jerry.

Halalkan ilmu yang diberi. Terima kasih banyak-banyak.












Semoga kita semua berjaya.
Amin.

Bye!

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

wow bagusnya

Mila Ahmad said...

piya buat entry ni pun dah cukup buat bakar semangat kami-kami ni yang mula nak menapak. tapi bisnes utk side income je. sebab keje tetap memang dah ada so nak bg sepenuh komitmen untuk bisnes memang sush tapi memang teringin nak susun atur bisnes side income biar teratur dan nampak cntik.

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016