2 September 2016

Happy Birthday Purebysafiyyahosman Yang Ke 1Tahun.

1.9.2016 cukup setahun aku buat PbySO. Sumpah cepat masa berlalu. Kadang rasa rindu juga nak bangun pagi-pagi tengok pokok. Hehehe..

Macam xcaya pun ada. Tapi alhamdulillah. Seronok.

----------------

KARANGAN SEMPERNA PUREBYSAFIYYAHOSMAN SETAHUN.

----------------------------------------



Harini Purebysafiyyahosman dah 1tahun. Sat ja wei masa berlalu. Aku start dengan apa yang aku ada.

Haritu sembang dengan ayah.

Ayah : "ish ayah mcm xpercaya hg boleh mcm ni.."

Aku : "semua ni start dengan Rm150 dari kawan saya tu ja ayah. Masa xda sapa tolong saya..dia ada."

Aku sendiri pun xpercaya. Sebab aku start buat PbySO ni penuh dgn ketakutan. Aku guna Rm2000 hasil dari aku beranakkan duit Rm150 pemberian Intan dicampur dengan duit untung buat drophip kuah kacang instant untuk mulakan Purebysafiyyahosman. Terima kasih Intan Nur Anum!

Serius wei,nak start PbySO ni takut gila sampai tidoq pun terjaga-jaga..sbb risau penerimaan orang sampai la aku dh capai tahap "Let's just start and see what happens." If xjadi apa y aku nk buat,xpa..aku akan buat yang lain pula! Lepas tu terus lena tidoq aku hahaha..

------------------


Eli la jadi runner p cari bahan yang aku perlu guna untuk praktis..bila dah dapat rentak,baru start buat dan keberanian tu makin lama makin terasa. Masa ni memang sekali buat 10jar ja. Sebab belajar buat pun ikut amount sikit-sikit.

Sepanjang buat Purebysafiyyahosman dah berapa banyak jar kaca yang terbuang dan body scrub y xjadi..memang tak terkira dah!

Tahun lepas sebelum September, memang boleh kata hari-hari call ayah menangis. Start awal tahun 2015 memang xda luck.

Macam-macam aku plan. Nak balik dok kg berniaga makan.. Sbb arwah tokwan aku tinggal tanah banyak, tapi sayang, xdapat sikit pun tanah utk aku duk sewa utk berniaga..

Siap tanya "hg pandai ka berniaga?..pandai masak??"

"Kalau pak xx bagi, tapi lagi 8beradik xbagi..pak xx xleh nak bgi hg berniaga"

Sumpah aku ingat sampai bila-bila. So aku pendamkan niat nak balik berniaga.

Dengan duit yang makin hari makin sikit. Last gamble la buat Purebysafiyyahosman.

---------------------


PbySO start dengan 3body scrub iaitu Chamomile Orange, Coffee Rosemary, Ginger Lemon. 1jenis lip scrub. 1jenis madu. 3jenis teh bunga iaitu lavender+chamomile, Rose, rosemary lemon.


Now yang masih ada cuma lipscrub. Body scrub dah bertukar ke Chamomile,Lavender & choco. Dan ada lagi 13jenis produk lain..lipbalm, liptint, toner, soap, face wash, fc oil, shampoo, hair mist, foot soak, acne stick. Alhamdulillah.

Dan masa Eli setuju nak join jadi partner aku, time tu la semuanya makin menjadi. Kami dam modal lagi, aku Rm2500, Eli Rm3500 balance duit vss dia.

Eli rombak balik design Purebysafiyyahosman. Dia bagi aku keberanian untuk cari stokist/agent diseluruh Malaysia.


Design PbySO dulu.



Design PbySO, sekarang.

Semua hasil kerja tangan dan idea Eli.

Lepas tu kami rolling modal guna duit orang yang jadi stokist. Time tu la juga kami rugi banyak sebab banyk jar pecah masa proses pos ke stokist. Untung bersih time tu tinggal 2k ja.

Dan disebabkan itu juga, kami sepakat tukar semua jar kaca ke jar plastik. DIsebabkan jar plastik harga lebih tinggi dari jar kaca, kami sepakat pula stopkan pembelian sudu kayu yang sebelum ni kami beri secara percuma pada customer.

Kami padamkan niat utk buat kotak dan paper bag. Tapi setengah orang xfaham..kenapa PbySO xbuat paper bag mcm brand xxxx.. Kenapa PbySO xbuat gitu xbuat gini..

Aku dengar jala.. Sebab orang memang xkan faham mcmna susahnya kita struggle. Nak-nak modal ciput.

Tapi xapa la kami mulakan dengan apa yang ada ditangan sahaja. Biar pun nampak lekeh.. Tapi power tu ada hehehe..




Masa ni la start tidur sehari 2-3jam ja. Kami kayuh body scrub lip scrub pakai tangan. Bergilir-gilir. Lenguh tangan jangan cakap la wei.. Lenguh gila.




Now dah masuk setahun, dah senang banyak. Mesin utk bancuh body scrub,foot soak,lipscrub dah menggunakan 2mesin heavy duty. Alhamdulillah.

Tq pada Eli sebab setiap hari xpernah culas catit sales dan pisahkan modal & untung.

----------




Stokist, agent n dropship datang dan pergi, tapi tetap menjadi pengerak Purebysafiyyahosman juga. Tanpa kesungguhan depa, Purebysafiyyahosman xakan bergerak selaju ini.

Dan aku pun mula serius buat marketing. Mula tebalkan muka untuk angkat PbySO di Malaysia. Walaupun jauh lagi perjalanan kami. Banyak lagi yang kami nak kena belajar.



Semoga Purebysafiyyahosman boleh pergi jauh. Amin. Terima kasih pada semua orang yang support kami.







Doakan semoga kami terus berjalan ke arah kejayaan. Amin.


Bye!

2 comments:

Amyz Lie said...

Alhamdulillah. Tahniah Piyya & Suami. Semoga terus success di masa hadapan! ;-)

ieda said...

tahniah dik....moga terus berjaya...

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016