2 August 2016

Perkembangan Baby Aku.

Hye!
Hello uoll.

Nak cerita pasal baby aku. Alhamdulillah dah nak masuk 1tahun insyallah. 1.September.2016 cukup setahun.

Nak cukup setahun ni banyak benda yang indah berlaku. Dan ada juga yang perit-perit.

Baru-baru ni aku dengan Eli dapat keluar di paper Berita Harian.













Alhamdulillah. Berkat kesungguhan dan 'muka xmalu' dapat la masuk paper BH secara percuma. Rezeki.

Terima kasih pada Eerah sebab sudi terima ioll dan sudi interview ioll.

-------------------

Buat bisnes dengan baget yang kecil ni, memang kena muka xmalu sentiasa. Jimat kos.

























Aku siap jadi model untuk produk sendiri. Hahaha jimat kos banyak juga. Kalau ambil model sejam dah berapa ratus kan. Makeup lagi..Nak bayar studio lagi. Makanya nak jimat, jadi model utk produk sendiri😁😁














Muka mau dok serius eli kata.. Aku keja dok sengih ja.. Sbb syok rasa muka mcm segak hahahahha..













So far maintain ja produk. Ada tambah 1produk baru untuk kick jerawat.













Kick it! Utk dot dekat jerawat bernanah atau bintik merah yang ada unsur2 nk jadi jerawat yang galak.











Ini feedback paling awal. Aku buat haritu 300 pcs acne stick. Minggu lepas release. Minggu ni dah licin. Ni dok tunggu botol sampai. Harap-harap sampai la minggu depan sebab pos dari China guna laut.

Masa buat lipbalm xsedaq kata botol tinggal sikit,dok ingat banyak lagi..sekali nak buat acne stick xcukup! Terputus sekejap stock.

Lip tint pun dari 1000pcs dah licin dan now stop sat production sbb nk tunggu botol baru sampai.

Lepas ni xguna dah style roll tu. Susah keluar. Kali ni guna style lain pula.

--------------------

Pbyso.him pun dah release harini. Dan dah ada sale! Alhamdulillah. Boleh la ajak boyfriend,ayah,abang,adik lelaki uoll pakai produk lelaki yang selamat tanpa bahan kimia.













Untuk permulaan ni kami jual by set dulu. Deodorant tu ada fungsi detox badan melalui ketiak. Hair cream | pomade tu xsama mcm pomade yang waterbase. Kami guna oil base. Kalau siapa yang tengah dok alami masalah rambut koi botak, boleh pakai. Sebab bagus gila gila gila utk pertumbuhan anak rambut rabu.

Facial foam tu pula, memang sedap!!! Aku dah try pakai yang Eli punya. Memang best. Rasa sejuk dari peppermint tu memang best la!

So kalau berminat nak cuba, boleh la try beli 1set. Nk buat sebagai hantaran pun sangat la digalakkan.

-----------------------

Nanti bulan9, cukup 1tahun menega Purebysafiyyahosman.

Sekejap ja masa berlalu. Tahun ni memang agak meningkat naik. Tahun lepas punya pengalaman akan aku ingat sampai bila-bila.

Buat Purebysafiyyahosman ni pun bukan la sesenang mcm org nampak. Penat,xcukup tidur,bergaduh dengan Eli. Melayan karenah org... Memang penat.

Start aku masuk Thevocket, orang mula dok mai tanya pasai nk rebranding produk aku. Semua yang tanya tu adalah perempuan. So far aku tolak. Mana boleh wei..

Titik peluh aku kot. Susah payah aku p kelas, kumpoi duit, rnd produk.. Study pasai bahan nk buh.. Xakan la aku sesenang tu nk bagi orang branding. Aku bukan kilang y buat duit dok brandingkan barang utk org.



Pelik kan. Kenapa ada segelintir manusia yang muka xmalu mcmni. So semalam la paling teruk. Ada minta nk rebranding produk aku siap dia dh buat label. Gila xgila la.

Sebelum ni paling dasyat pun, ada pmpn minta nak ambil tiap jenis 1000pcs, dan dia janji dalam masa 1-2mggu dia akan repeat lagi ambil stock.

Bila tanya ambil banyak-banyak untuk apa? Dia kata nk masukkan dalam groupon .HAHAHAHAHAHA..lawak.

Mati la market Purebysafiyyahosman kalau masukkan dalam groupon. Kalau pikiaq pasai nak gila duit, mesti aku ambil. Gila hg 1000pcs tiap produk.

Tapi aku buat Purebysafiyyahosman ni bukan suka-suka. Aku minat dan aku rasa sayang. Dan aku ada stokist & agent. Kalau mati market Purebysafiyyahosman, mcmna stokist n agent2 nak cari makan.
Tak semudah tu nak beli aku dengan duit.

Sebab aku pandai cari duit sendiri. Aku xheran dengan duit orang. Even duit laki sendiri pun aku xheran. Aku suka cari duit sendiri. So pls stop la dok mai tanya aku nak beli banyak-banyak.

Aku xmengharapkan nak jadi mcm dato vida pun.. Cukup aku rasa happy dengan Purebysafiyyahosman dan duit berkat. Tu ja.

Rasa mcm frust nya jumpa perempuan Melayu muka xmalu dok mai nak ambil produk aku p letak label dia. Wtfffff..

P la jumpa dato Vida minta nak rebrand brg dia..ni mai jmp aku..zzzzZzzzzz

Andai kata ada y rebrand, aku memang tak halalkan setiap sen pun. Tu ja.

-----------------

Selain soalan rebrand yang aku dapat, aku selalu dapat orang yang tak tau malu gak. Mai tanya mana aku p belajar,apa nama cikgu aku... Dekat mana kelas aku p tu. Boleh bg no fon x...

Tau x ampa-ampa ampa semua... Aku jumpa kelas tu di carian google. Aku jumpa cikgu aku tu dicarian google.

Carilah sendiri. Aku jumpa tu bukan dapam masa sehari. Tapi berhari-hari..berminggu.

Dan aku xda tanya orang pun. Aku bergantung semata-mata dekat google ja.

Usaha la sendiri. Jangan nampak nak senang ja. Aku masa mula nak buat pure ni pun aku ada buatkan 1brand sebagai aras penanda. Aku niat nk jadi hebat mcm dia.

Tapi aku xdak la stock muka xda adab p korek habis mcmna dia buat produk dia..buku apa dia baca..apa dan dimana dia study semua.

Aku xdak la p korek habis pastu acah-acah nak jual barang dia ka apa pastu laju-laju buat Produk sendiri. Pastu komplen barang dia xleh jual. Kebodohan apakah y aku dah jumpa ni.LOL

No. Kita hidup biar beradab sikit. Nak start networking dengan orang bukan dgn cara bodo dan biadap.

Malu la sikit. Beradap la banyak-banyak sikit.

Tapi itu la hidup. Kita akan kalah dengan orang yang duit berkepuk. Kan.

-------------------------

Itu saja lah y aku nak tulis dalam blog ni utk bacaan dimasa depan. Panjang dan jauh lagi ni kehidupan aku dan Purebysafiyyahosman.

Ok lah.
Bye.







No comments:

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016