27 July 2016

Open House Kali Pertama.

Hello! Hye!
Terhegeh2 la aku nk update blog. Adoi.

Harini nak cerita pasal open house yang aku buat pada 23.7.2016 haritu. Kali pertama aku dan eli buat. Penat rupanya buat open house ni kan😂

Makanan aku order dan ada aku buat sendiri.

Menu haritu :
Nasi putih
Ayam masak merah
Jelatah
Ketupat
Nasi impit
Rendang ayam
Soto ayam

Itu saja makanan yang aku tempah dan buat sendiri cuma soto ayam ja dgn rebus nasi impit.













Soto ayam aku buat makan dgn nasi impit.

Aku panggil xsure berapa orang. Tapi makanan memang habis la. 1st time buat xqeti gila nak agak.







Antara tetamu pertama. Ija & mama. Ija ni aku kenal dkt myspace tahun 2009. Jarang jumpa tapi setiap tahun raya ke3 aku akan p Jitra utk beraya rumah dia. Tp tahun ni xp pun. Mama Ija kalau raya suka buat koteaw hailam. Sedap wooooo... Mama ramah & lembut ja bila bercakap.

Mama makan byk juga n aku tapaukan ketupat sekali. Hehehe..

Sebelah mama tu mak aku. Mak mai awal juga. So selamat la mak ada. Boleh layan tetamu sekali.






Ni kak Yana. Aku kenal masa 2010-2011 mcm tu dkt facebook. Ni 1st time kami jumpa. Kak yana anak dh masuk 3. Hehe..

Sempat la gosip2 sat.






Time ni tengah ramai. Kesian la Zira dgn family dia..makan tempat sempit.

Zira ni stokist Purebysafiyyahosman utk kawasan Seberang jaya. Kecik molek ja mak Zira..patut Zira pun kecik ja berbanding aku hahaha.. Umur sama tp Zira nampak muda.

Tq Zira nanti jgn serik datang lagi ya.






Ini bf stokist Purebysafiyyahosman juga..depa dua senang bawa diri makan dkt tikaq depan. Time ni dalam rumah dah padat.







Mula plannya nk letak meja makanan dekat luar, tapi bila check weather, kemungkinan akan hujan ribut. So xjadi nak letk dkt luaq. Tu y jadi sempit terus rumah.

Dan xsangka juga ramai y datang. Serius xsangka.













Ini Zira & Izwani. Dedua stokist. Zira stokist seberang jaya dan kawasan sekitarnya. Izwani stokist Bedong & merbok.

Izwani ni bakal cikgu pendidikan khas. Dedua orang ni antara stokist yang aktif dan rajin restock.







Ini plak stokist kajang, Nadia(jubah) dan stokist parit buntar,kak Hanisah. Dedua pun antara stokist yang aktif. Sakan buat sale. Alhamdulillah.

Kak Hanisah tu aku kenal lama dah sbb suami dia kawan Eli. Nadia aku kenal lagi lama..sbb 1sekolah dulu.













Ni pula kawan zaman poli. Ayien(baju biru) & syukri (baju merah). Last jumpa 2011 la.. Lani dedua dh kawen. Syuk dah anak 1 sama aku dh. Bini depa pun aku kenal sbb dulu depa style hingaq time ada marka hahaha..







Ni gambar zaman poli. Tahun bila aku xtau. Dh lupa. Dalam kelas 3org ja perempuan time ni. Hoi memang enjoy gila time ni hahaha..sikit2 keja dok bergambar ja. Rindunyaaaaa ...










Kawan-kawan Eli dari Parit Buntar pun ramai yang datang.





Mak Fuziah (mak kandung) y pakai baju hijau ittewwww.. Y hujung baju biru tu kakak ioll. Tq Zainab sb datang.





Ni mak Sarimah(mak tiri) dengan ayah aku.








Ni tetamu last. Pukui2 baru tetamu ni angkat bontot balik hahahaha.. Syok la menyembang. Padahal ni masuk kali ke-2 ja dok lepak sembang. Tapi rancak.

Cuaah dgn fairuz ni senang masuk pala. Rasa mcm dh kenai lama pula.

Mira mai2 lapaq. Makanya aku pun goreng teloq...dia mkn nasi dgn kuah ayam. Lauk yang lain semua dh licin.

Tamat la sudah open house kali pertama ni. Next kalau nk buat memang kena buat khemah kot hahaha...so orang lebih selesa.

Terima kasih pada yang datang. Jangan serik nk datang lagi ok.


Ok tu ja aku nk cerita.
Bye!

1 comment:

Aini Shah said...

Hi Safiyyah, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016