20 July 2016

Eli Dah Selamat Timang Anak Ke-2. Alhamdulillah.

Hello.
Aku baru settle photoshoot gambar diri sendiri dan juga bersama dengan Eli. Alhamdulillah Eli dah terima anak ke-2 dengan gembiranya. Aku sebagai isteri mesti la sokong dan tumpang happy dengan apa yang dia dapat.

Benda ni jadi secara spontan sebenarnya. Masa kami balik PB sesaja balik nak ziarah mak n abah. Tengah dok relax-relax Eli kata dekat aku ,

Eli : u, i rasa mcm nak buat produk juga. Produk utk lelaki.

Aku : serius ka? Kalau nk buat, sila study sendiri apa bahan nak letak..pure oil apa u nak. Pikiaq sendiri k.

Eli : ok boleh!

Hahahahahahaa... So dia pun gigih la baca buku-buku aku dah beli tu. Bahan basic xapa ada manual. Tu pure oil apa nak bubuh tu sendiri pikiaq.

Makanya....




Lahirlah anak kedua dia...... Semua idea dari Eli sendiri. Aku follow dan sokong ja.

Kalini design, apa nama produk, ayat semua memng 100% dari Eli sendiri. Aku xcampur. Aku campur bahan ja.😂

Memang nampak la dia punya komitmen ke anak kedua dia ni sugguh tinggi sekali.

Semoga ada rezeki kami ber5, Eli,aku,Adelia, Pbyso &pbyso | HIM.

--------------

Kemarin ada photoshoot. Macam biasa aku memang selesa menggunakan khidmat Hans.




Dekat pun dekat dengan office Purebysafiyyahosman. Yang penting selesa. Studio depa pun bersih. Hans pun friendly dengan Adelia, Adelia pun selesa, so aku repeat lagi photoshoot dengan hans. Ni kira kali ke4 la kami bekerjasama.

Hans ni lembut ja bila bercakap. Pastu dia boleh terima idea kita. Dan sangat mudah la bekerjasama dengan dia. Aku suka.

Kalini aku belajar dari kesilapan lalu, iaitu aku minta hans yang carikan MUA.

Alhamdulillah. Hans cari MUA yang sangat meletop! Iaitu Kak Noor(owner Rusila Spa di Laguna,Sungai Petani).




Hasil makeup dari Kak Noor.









Mata aku mcm ada gelang tau sbb kesan dari pakai spek. Frust ioll. Ada rezeki lebih nanti nak p buat lasik.




Ni Kak Noor yang snap. Selamat la Eli xbising. So tu tandanya makeup aku x melebihi had😂

Terima kasih kak Noor. Nanti repeat lgi 😁

-----------------




Bukan ada qeja. Eli dok paksa aku dgn Adelia pakai topi ni ..dia nak snap gmbr hahahaha.. Kami layankan jala..😂




Ok kebaya mahsuri ni aku buat jadi cardigan. Tarik keluar corak kerawang tu dekat bahagian tangan.

Pastu p tukang jahit suruh buang tempat yang button tu sebabnya, memang dh xmuat nak tutup bahagian dada ..😂 aku berat naik jadi 66kg balik.

Badan aku ni cukup senang turun pastu senang naik. Stresss gila!

So dari tersangkut xpakai, baiklah aku buat jadi cardigan. Sbb sumpah aku suka kebaya mahsuri ni.

So antara gambar yang hans snap. Xboleh nak review penuh lagi. Hehehe



Serius aku sangat puas hati dgn makeup kalini. Kak Noor memang superb.


Kesayangan i. Walaupun rajin gaduh baik gaduh baik. Tapi tetap sayang! Hehehe..




Eeeeeee comot. Anak ayah. Dengan aku lani berebut2. Eeeeee geram!huhuhu



Anak ayah. Time ni dia berak. Pastu mengantuk. Dia keja dok nak kacau la sebab xselesa. Eli terpaksa buat laju2 utk settle Adelia. Tu y muka boring sbb dia dah ajak apak dia teman dia tidoq.

Ioll malas la nk basuh berak dia sbb pakai kebaya tu kan labuh 😁😁 ..selamat apak dia hero.



Pujuk dia snap gmbr dia.. Sbb dia jeles tgk apak dia snap gmbr berdua ja dgn aku.. Hehehe..



Hasil tunjuk ajar hans, aku dah xkekok sangat dah. Kalau x memang kayu jati stock dh tua hahahha.. Keras kejung gila babun punya.

--------

Oh lupa nak cerita. Aku janji dgn hans jam5 nak shoot tapi terlajak lewat. So terpaksa la minta tolong staff Purebysafiyyahosman utk bawa aku p cari tukang jahit baju... Lepas tu p giant beli lens pastu p dkt kak noor pastu baru p studio hans.

Dgn hujan lebat. Selamat la kak ana dgn zainab ada. Dengan aku heret Adelia sekali sbb Eli settlekan urusan pos parcel stokist dgn customer. Fuuuhhhhh! Memang gila2.

P cari tukang jahit sebab aku buat pala, aku potong jubah sleeveless hitam aku tu sbb nk pakai dgn kebaya tu.. Potong pula guna pisau sb gunting xdak! Hahahaha ...tu y terpaksa cari tukang jahit. Suruh dia jahit bahagian bawah tu.

Kalau ikut aku, aku nk biaq ja.. Tapi Eli kata nampak sangat. Tu y habis jadi lambat.

Selamat la kak ana kenai tukang jahit. Sat ja la buat. Jahit tepi dgn buang button kebaya tu. Kena caj Rm3 ja uoll.

Shawl pakai mana yang ada ja. Selamat la aku ada 12helai shawl hitam hahahhaa.. Tp y nampak depan mata 5helai ja. Sama mcm pin tudung dgn jarum peniti. Pin tudung beli haritu 12pcs. Lani tinggai 3ja astaga... P mana ntah la.. Jarum peniti haritu beli sebekas biru tu..lani satu pun xdak😂

Aku kdg nak sangat berdarah jawa. Sbb kak Eli dedua jenis pin tudung xpernah hilang. Sama kes dengan anak tudung. Aku syak Eli kalau boleh dia nk beli kilang anak tudung terus dekat aku😂😂.

-----------

Masa makeup ni apa y kak Noor tanya aku, aku tny Zainab dan kak Ana.

Cm kening elok x..sama x.. Bulu mata y mana ok.. Sbb kak noor pun konpius nk ltk bulu mata y mcmna..

Kak Noor tny aku.. Aku style letak p la apa pun xpa janji nampak elok. Sbb aku lebih percayakan kerja org y mmg dh pakar dlm bidang depa. Aku ikut ja. Gittewww..

So kak ana n Zainab la y bantu kak Noor buat pilihan pasai bulu mata aku.

Shawl kak Noor yang ajaq pakai. 1minit ja pakai shawl uoll. Terus nampak elok. Balik rumah nak pakai mcm Kak Noor buat..dh xjadi. Sbb xingat step. Sat sgt kak Noor buat trus jadi elok.






Y kecik tu Zainab. Yang belakang tu Kak Ana. Tq uoll!





So lega dah la settle dah apa yang perlu dibuat. Bila dah settle baru sedaq yang aku dengan Eli xda gambar berdua dengan produk. 😭

Sebab dibelakang aku & Purebysafiyyahosman ada Eli. Eli orang penting kot. So xsyok la bila xda gmbar dia sekali. Rasa mcm xcukup korum.

Lain masa dan lain hari pula la nk repeat pun .


Ok itu ja nak cerita.
Next entry aku nak story pasai telekung pula. Tunggggggguuu....


Bye!

No comments:

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016