25 June 2016

Semalam Dalam Lipatan Sejarah.

Wahhh! Gittewww tajuk entry haha..

Ok nak cerita pasal cabut gigi & cuci gigi. Aku ni sebenarnya seorang yang penakut gila babun kalau nak kena jumpa doktor gigi atau memang takut gila kalau kena hadap benda/perkara yang sakit secara fizikal. Memang takut tahap teruk punya.

Berbulan-bulan Eli pujuk aku suruh p cuci gigi.. Hewhewhew.. Akhirnya disebabkan nak kena p bagi sedikit kata -kata semangat dekat student USIM,makanya aku setuju la nak p servis gigi semua.

Tepuk utk diri sendiri 😂 .

Alhamdulillah aku dapat jemputan dari salah seorang lecture USIM utk kongsi pasal mcmna aku dari blogger jadi perniaga..mcmna aku bangunkan Purebysafiyyahosman. Gitu la..

Ni kira jemputan kedua..sebelum ni dari Poli tapi aku tolak sebab xberani wei..lagi pun aku ni xla hebat pun kalau bandingkan dengan orang lain. So segan tu ada.

Kali ni Eli juga yang paksa suruh try. Serius start kemarin n harini aku dok rasa gabra ..padahal jemputan tu lambat lagi.

Darah gemuruh ni memang power kan. Harapnya nanti student yang dengar cerita aku dapat la something utk di fikirkan.




Semalam lepas buat produk sikit dekat rumah & office, ada masa lapang sikit, aku pun buat la sedikit cenderahati utk student USIM tu nanti. Katanya 79orang semuanya.

Harap semuanya lancar nanti. Amin.

-----------------------

Berbalik pada cerita pasal gigi, aku ke Klinik Gigi Doktor Rina, berdepan dgn INTAN. Saja ja p situ sbb xtau nak cari klinik lain.

Rupanya pilihan aku & Eli xsalah. Doktor yang bagus,staff yang friendly. Suara doktor tu punya la lembut & sangat banyak info yang doktor tu ajar..bagitau semua.

Dan paling best, bleaching gigi Rm450 ja uoll!! Murah!

Cuci gigi & cabut gigi atas Rm130 termasuk ubat tahan sakit sepapan,ubat kumur biru 1,kapas 2set.

Servis memangn tiptop. Orang area Sungai Petani boleh la p situ.

----------

Lepas dh settle gigi. Terus ke stokis Elken untuk test korset. Memang dah baget utk beli. Dan Eli pun green light sajo keinginan bini hahaha..

Makanya guna duit gaji sendiri & advance dgn syarikat sikit kahkahkahkah..




Settle fitting n bayar. Kakak tu nak snap gambar. Malu i. Muka mmg xleh senyum langsung kot hahaha..

Harga utk korset Rm2766 termasuk dapat free lactose tu 3sachet & jadi member. Katanya dapat rebate Rm80 semula bila jadi member.

Korset dapat Jumaat depan.




Single set dapat bra,girdle & waist nipper. Body shaper mmg confirm dh akan ambl yang trubellai. Sebab design lebih kurang cuma xtau la sedap ka dak bila pakai.








Apa komen aku bila dh try pakai korset elken??

Serius! Memang best!hahahaa cuma harga dia mmg mahai la.. Tapi xsakit badan wei.. Semalam dekat sejam aku try pakai. Memang rasa beza kualiti dia dengan kualiti PB.

PB keras. Bila bongkok tulang dia mcm mencucuk kulit kita kan.. Tapi korset elken ni aku duduk,tungging..mencangkung xrsa apa wei hahahaha..rsa selesa dan xrsa mencengkam badan.

Pastu girdle dia n waist shapper dia puny la senang pakai. Kalau PB berpeluh la hg nak pakai ok. Kakakakaka..

Korset Pb aku,aku dh bagi dkt SIL dah. Tu pun SIL kata susah pakai padahal dia kuruih kering kot hahaha..

N girdle elken ni hg pakai n pakai seluar,xnampak wei line dkt seluar. Kagum sat!


So itu jala aku nk cerita. Kalau ada modal memang better invest utk elken. Berbaloi.

Yang ada slip gaji boleh bayar ansuran. Mcm aku xboleh sbb xda slip gaji,ssm pun xcukup setahun..so kena byr cash. Pejam mata saja la. Berat aku pun berjaya turun sampai 62kg dah. Alhamdulillah. Dari 69kg.

Target 49-50kg. Amin.


Ok bye!

1 comment:

Anonymous said...

Salam kak piyah . Heheh saya selama ni silent reader ja . Tapi hari ni baru berani nak komen . Kak piyah cerita la sikit pengalaman cuci gigi tu semua. :) . Teringin nak tau .

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016