10 June 2016

Saya Kembali!

Akhirnya puasa ke-5 aku start masak. Penangan beli juadah berbuka kena sampai Rm50 hahaha..

Start masak jam 2ptg ok. Aku buah popiah goreng.

Resepi Popiah Goreng Inti Daging Kari & Telur Rebus.






Sayur yang aku potong halus2.






Masukkan carrot,bawang besar,ubi kentang,cabai merah hidup. Dan daging kisar.







Masukkan daging. Aku xguna minyak langsung,sbb daging tu dah style berminyak.

Masak daging sampai air dia nak kering pastu masukkan serbuk kari. Biar sampai serbuk kari tu masak.






Masukkan sayur. Kacau rata dan mesra. Masukkan garam gula.







Siap! Ready utk di balut!







Telur rebus jangan lupa. Potong 4. Nak potong 6-8 pun boleh.







Kulit popiah. Eli beli brand econsave ja. Senang kopek & xkoyak pun.







Letakkan dlm 1sudu kecil inti daging. Xyah banyak sbb bila goreng pastu sejuk nnt popiah kita jadi lembik.







Gitu.







Gulung2,siap! Ready utk di goreng ja lagi.

Pastu aku terlebih rajin. Aku buat sambal tumis bilis untuk dicicah dgn popiah goreng.







Alang-alang nak buat sambal tumis. Aku buat banyk terus. Simpan buat stock.

Blend bahan dalam gambar tanpa air. Air uoll ganti dengan minyak.

So panaskan kuali,terus masukkan bahan blend. Xyah masuk minyak dah.

Masuk asam keping,masuk gula melaka..api kecil,tunggu la sampai pecah minyak dan masak.







Siap! Nanti boleh cicah time makan.







Jam 6 aku dah settle masak. Lega i.






Ayam goreng.






Sambal telur,guna sambal yang sama. Kangkung rebus.







Burger goreng salut kulit popiah Eli yang masak dan buat. Dalam roti tu ada inti yang Eli juga masak.







#piyahmasak kembali! 😁


Ok.
Bye!

No comments:

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016