2 June 2016

Purebysafiyyahosman, Suratan Atau Kebetulan.

HANG DAH BERJAYA.





Now rata-rata orang kata aku dah berjaya,sat ja dah boleh bangun balik.

Tapi orang xnampak apa yang aku kena hadap sebelum aku ada dekat tempat sekarang dan bagi aku,aku masih belum berjaya. Jauh lagi perjalanan aku & Eli.

Orang xtau tahun lepas hati aku bergelodak macamana.. Ingat lepas jual Atasrak dulu,masalah aku & Eli akan settle. Rupanya............. Itu permulaan kejatuhan kami dalam rumahtangga.

Betul la orang kata,5tahun pertama perkahwinan kita memang akan rasa hidup susah. 2015 merupakan tahun keempat perkahwinan kami dan tahun yang samgat menguji kami.

Menambah susah bila tengah dengar rumors kata MAS nak kick pekerja,tapi masa tu kami laki bini yakin yang Eli xkan kena buang. Tapi....

Hari posmen hantar surat yang Eli akan ditamatkan perkhidmatan dari MAS,aku orang yang terima surat tu. Aku buka baca sebab Eli suruh.

Aku baca,aku lipat dan masukkan semula dalam sampul. Sedih. Aku xtau nak respon apa.

Haritu la hari yang paling menakutkan aku. Aku takut nak tunggu Eli balik. Apa aku nak cakap..perlu ka aku pujuk Eli dan bagi kata-kata semangat? Atau aku kena diam ja biar Eli yang start cakap.

Aku takut gila nak tengok muka dia..aku xmau dia nampak aku kesiankan dia... Sebab aku tau dia suka kerja repair kapal tu walaupun company suck.

Dan dia balik macam biasa,jam 7petang naik moto yang kami pinjam dari Ketai. Wajah ceria.

Aku akhirnya menangis ja tengok muka dia. Aku sangat sedih sebab dia kena hadap benda tu.

Masa tu la memang datang kekuatan untuk aku serius buat Purebysafiyyahosman. Berhari-hari tidur tak lena pikiaq apa benda yang aku nak buat untuk bantu Eli.Walaupun asalnya kami sepakat nak buka kedai makan di kampung.

Dan Eli pun mula usaha minta kerja dengan syarikat penerbangan lain.

Eli memang dapat tawaran untuk diserap balik ke dalam MAS. Dan dia tanya aku perlu or tak dia terima,aku memang sokong sepenuhnya apa pun keputusan dia.

Dan dia pilih untuk balik kampung dan buat apa kami plan. Aku pun time tu bancuh Purebysafiyyahosman memang kecil-kecilan gila.

-----------
CARI DUIT NAK BALIK KAMPUNG.

Time ni memang serabut. Dan kami ambl keputusan untuk jual peti ais,tv ,mesin basuh dan duit tu kami gunakan untuk bayar sewa rumah di SP dan bayar duit abang lori.

Rezeki xdisangka, orang dok beli Detox tea & Produk Purebysafiyyahosman non stop.

Dapat la kami duit untuk bayar sewa rumah di SP & bayar duit lori.

Dan aku buat PbySO dan letak dekat butik-butik vendor yang murah-murah ja. The Philia ambil produk aku tanpa kenakan caj apa-apa pun.Terima kasih abg Joe.

---------
SAMPAI KAMPUNG

Pikir-pikir -pikir-pikir.. Kami batalkan hasrat nak buka kedai makan sebab modal tinggal Rm3k lepas beli sudu garpu pinggan. Xcukup nak beli kerusi meja n bayr sewa kedai.

Berhari-hari aku pujuk Eli untuk join aku buat PbySO.Akhirnya Eli setuju untuk jadi partner aku.

Macamana Purebysafiyyahosman boleh jadi besar?















Eli la yang bagi idea untuk aku try open utk ambil stokis. Kalau pikirkan logik mana ada orang nak jual barang yang orang xkenal. Picisan habis.

Masa tu pula,bancuh produk memang 100% guna tangan,xmampu nak beli mesin. Memang teruk la. Sehari tidur 2-3jam ja.

Kami la yang bancuh sampai kebas tangan-tangan,kami la yang lekat label..penat tak yah kata la. Memang penat gila.

Dan aku gamble,buat macam Eli suruh iaitu ambil stokis.





Permulaan dapat la kami 7orang yang nak jadi stokis dengan modal permulaan kami letak Rm700. Untung bahagi sama banyak dengan stokis,sebab aku & Eli happy ada orang sudi nak jual Purebysafiyyaosman.

Permulaan Purebysafiyyahosman dengan stokis xseindah yang disangka. Kami rugi banyak akibat bekas scrub & foot soak pecah masa dalam proses penghantaran. Untung bersih tinggal 2k macam tu ja sebab terpaksa keluarkan modal semula untuk ganti pada stokis.




Disebabkan itu juga,Purebysafiyyahosman tukar ke jar plastik. Walaupun ramai yang minta aku maintain guna jar kaca,tapi terpaksa tukar juga.

















Dari 7orang stokis,sekarang Purebysafiyyahosman dah ada 56orang stokis berdaftar dan 60 agent termasuk dropship. Alhamdulillah.


















Dari berdua,sekarang dah berlima. Masih xmampu nak hire full time staff tapi alhamdulillah pekerja partime sangat baik dan bagus.

Dari 3produk sekarang dah 16produk. Dari 100% bancuh dengan tangan, sekarang mampu la beli 1mesin bancuh dan 1mesin filling masuk botol.

Alhamdulillah.

------------

Kawan-kawan, xsusah nak jadi susah & bukan senang nak jadi senang.

Masa aku & Eli dalam zaman kejatuhan tu,berapa kerat ja kawan yang membantu,kebanyakkan semua dari orang luar.

Dan aku sangat berterima kasih terutamanya kepada Intan Nur Anum kalau bukan kerana Rm150 dia.. Aku xda dekat tempat sekarang.

Dia manusia pertama yang tanya aku dan cakap "apa yang aku boleh tolong hg piah?..hg juai brg aku pun boleh klu nak" -- padahal dia aku kenal dekat duniamaya ja.

Pada Ketai & kak Lily. Jasa uoll xmampu kami nak balas.

Dan terima kasih juga pada kak Ezy Eizyanie sebab ajar aku tentang pentingnya buang rasa malu kalau nak produk hasil kerjatangan aku ni dikenali orang luar.

Terima kasih pada semua yang ada dan tolong aku dengan Eli.

Dan sesungguhnya aku rindu gila nak #kebunpiyah & #piyahmasak

You don't have to be great to start, but you have to start to be great.

Founder
Purebysafiyyahosman.
1.6.2016

3 comments:

joeayu said...

tahniah sis. saya follow sis sejak kejatuhan sis dulu tapi hanya mampu berdoa untuk sis kuat. Alhamdulillah Allah dah bantu sis. Tahniah dan selamat maju jaya.

Chinta Safia said...

tahniah safiyyah, akak selalu baca blog kamu,seronok tengok kamu dah berjaya sampai ke tahap sekarang....

lia said...

Hi piya.....akak baca berulang-ulang kali kisah jatuh bangun piya utk jual produk sendiri ni....sangat memberi inspirasi! Tahniah! Moga terus berjaya lagi lepas ni....

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016