24 June 2016

Masalah Adelia Tiap Kali Hari Raya.

Tiap tahun benda yang sama jadi masalah iaitu BAJU RAYA ADELIA.

Tak pernah lagi aku beli baju kurung ke dia. Huhuhu.. So bila dia dh besar ni, dia cukup xsuka pakai dress,pakai skirt atau baju yang ada kain. Maybe sebab terbiasa dok pakai seluar ja hahaha..

Aku pun lebih selesa tengok dia pakai seluar & tshirt. Sebab dia aktif! Suka melompat.. Rimas kalau tengok dia pakai baju skirt2 semua..

Last pakai skirt & dress 2x ja kot. Time xpandai jalan. Ka ada 5-6x ntah..lupa dh.






Semalam dah p shopping raya ke dia. Beli kasut semua. Balik2 terus ciwi pakai kasut tu pastu ambl basikal dia suruh aku snap gmbr..kemain!!

Besaq dh wei dia..cakap memang cukup pandai la..berebut apak dia dgn aku pun kemain pandai.

& adelia suka sneakers & kasut crocs ja wei.. Jgn harap la dia nak pakai kasut girly girly... Haiiiyoooo.. Melainkan kalau kasut tu ada bunyi2 or lampu2 ,dia suka la..

--------------

Baju raya haritu dah beli dkt VF,beli peplum ja..xda kain . So tadi p beli legging utk dia pakai pagi raya.

Tahun ni pun tema hitam. So elok la dia pakai dgn peplum tu..sekali suruh try dia komplen kata baju tu buat badan dia gatai.. Ya tuhan ! Sungguh bijak berkata-kata. Sian apak dia! Haha

Kena p cari baju y dia selesa la nampaknya.. Tahun lepas aku buat baju raya y sleeveless dekat dia. Tapi itu baju tempah. Nak kena p cari tengok la dkt Jam Besar ,Sungai Petani.







Dia suka la kalau bagi pakai mcmni 😌..






Gambar ni time p kenduri . Kalau raya pakai mcmni mesti hingaq tok dia hahhaha..

--------------






























































Rindu pula zaman dia sekecik semut.






Ni gambar raya 2tahun lepas. Tengok gmbr ni baru ingt dia pernah ada baju kurung hahaha.. Tpi pakai seminit ja. Pastu kelaut!


So mcmna dengan persiapan raya uoll? Semoga berjalan dgn lancar & semoga anak-anak serta diri kita sendiri diberi kesihatan yang baik. Amin.

No comments:

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016