10 June 2016

Kembali Menjadi Surirumah Sepenuhmasa.

Hye!
Assalamualaikum.

Berkobar-kobar semangat aku ni nak update blog sebab blog dah lawa hehehe..

Terima kasih sue, sebab sangat laju siapkan blog piya. Bayar semalam,harini pagi-pagi sue kata dah siap. Seronok gila! Murah pula tu. Rm50 ja uoll.

Tapi buat dengan Sue,dia pentingkan gambar kita tutup aurat kalau nak letak dekat sidebar.

-----------------

Ok now nak cerita. Kita puasa dah masuk hari ke-5 kan. Aku 4-4hari beli ok. Pastu rasa menyesal gila kot sebab sekali beli 30-50inggit habis gitu ja. Sayang duit!hahaha

Makanya, start esk andaikata Purebysafiyyahosman xkalut..aku nak jadi surirumah sepenuh masa. Malas nak ikut Eli p office. Biar dia ja settlekan.

Lagipun sekarang staff partime dah boleh harap. Aku cuma perlu submit order stokist ke wasap group,nanti depa balut dan settlekan. Lega alhamdulillah.

Oleh itu, barang basah macam sayur semua licin dah. So lepas berbuka terus heret Eli p Econsave.




Todia.. Buang tebiat. Nak juga duduk. Larang kalu..melalak! Duduk dalam ni pun dia boleh enjoy gelak seronok hahaha..

Beli apa yang patut, total Rm125. Aku seronok beli barang dekat Econsave. Tapi tu la kalau shopping waktu pagi lagi best. Ni malam dh xberapa ok tp masih best la n murah.

Disebabkan nak kena masak start besok. So aku plan nak kemas peti ais semua. Dah dekat 6bulan kot dapur aku xberasap. Kalau berasap pun aku masak makanan yang simple gila2. Sedih!

Dulu setiap hari semangat berkobar nak masak. Sekarang ni otak letih gila. Tuhan ja yang tau. Tapi aku bersyukur. Insyallah kedepan-kedepan mungkin aku akan lebih pandai atur masa.




Banyak jenis juga aku beli. Sebab memang licin xda apa dalam tempat sayur 😂



Rajin x? Hahahaha.. Terima kasih pada saka rajin aku. Aku beli tepawe ni banyak gila! Hahaha.. 3saiz aku beli. Rendah petak,tinggi petak & bulat.



Kangkung. Aku potong batang yang keras buang, potong daun. Buat 2bekas. Nampak kangkung nampak nasi lemak ayam sambal dengan kangkung. Sedapnyaaaaa! Lama xmasak mcm tu!

Kobis pun aku potong bahagi untuk 4bahagian. So boleh la 4x masak atau 8x masak.

Toge dapat bahagi 3bekas. Boleh 3x masak.

Pastu ambil tomato,sebab ternampak2 ayaq asam.. Boleh buat nasi daging cicah ayaq asam! Sedapnyaaaaa oi!




Ok hat ni memang lama gila xbeli! Saja beli. Apa nak masak pikiaq kemudian. Hehe..

Isi ikan kering potong tu,masa tengok terus terbayang goreng garing2 dgn bawang besar n cabai melaka. Sedap wei..makan dengan nasi panas2..

Kalau nak buat kaila ikan masin pun boleh guna isi ikan kering tu.



Pastu susun masuk dalam peti ais. Terus nampak elok. Tersusun. I like!

-----------------

Pastu dah alang-alang kemas peti ais,kemas la dapur. Aku dah terbongkang ni.

Gila betei. Harini masuk hari ke 5,tanpa nasi. Tp aku p makan megi lpas penat kemas dapur. Menyesallllllllnyaaaaa wei!

Sahur pun aku telan chia seeds ja. Memang tahan. So 4hari puasa 4hari la aku membuang najis besar. Rasa best gila!

Berbuka aku makan lauk ayam bakar. Tadi ja beli yongtaufu sikit. Ambil berapa bahan ja..lebihkan kangkung. Tp tula..kuah tu manis.

Seksa gila. Huhu

--------------

Untuk sahur aku masak makanan simple tahap gaban. Sebab Eli ja yang makan.




Telur masak sos.



Ayam goreng kunyit & telur mata.




Ayam goreng kicap dengan telur mata.


Aku masak siap2 untuk Adelia juga. Lani Adelia memang dok kena marah sesaja,tambah time makan. Dia punya xmau makan.. Pelik aku.


-----------------

So esok aku share masakan aku. Hehehe lama #piyahmasak xberupdate!

Rindu!


K bye!
Selamat berpuasa.
Dan doakan aku kurus!hehe

2 comments:

Yong Baiaah said...

cantik blog baru, kalau x keberatan, boleh tak bagi cara nak contact kaksue untuk edit blog ..

Aerzee Amir said...

Heheeee ezy suka jugak beli barang dapur. Tapi part nak perisi siap2 tu yang malas. Last2 sayur semua buruk gitu ja. Kena tiru cara piya ni. Hehe :p

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016