17 June 2016

Persiapan Raya Tahun Ini(2016).

Hye!selamat berpuasa!
Ok aku dh semangat berkobar-kobar beli baju raya hehe..

Macam biasa, aku memang akan beli on9 ja baju raya. Tiap tahun beli on9.

2tahun berturut-turut beli dari alshawlmalaysia. Tahun lepas beli dekat Zalora & tempah..last2 y tempah xpakai pun..sbb xbest.

Tahun ni memang tahun kebaya & kebarung aku rasa.. Sbb semua online shop pun buat pattern yang sama.

Rambang mata i. Hahaha

So akhirnya, aku dah shopping baju raya! Baget berat akan turun sampai 60kg la.. So far baru 63kg ni berat aku.

Kemoroyanan aku start bila aku nampak gambar ni...






Lawa wei! Aku mata lani mmg semua nampak hitam ja. Xnampak warna lain dah! Padahal tahun lepas pun bahu raya warna hitam.

Cantikkan gambar tu? Serius nampak lain la sikit dari butik lain. Masa dok tengok-tengok mcm frust la sikit sbb baca depa dh xambil order.

Makanya aku pun letak dekat facebook & tanya mana lagi online shop yang jual kebarung/kebaya...

Sekali kak iwani basri bagitau yang kebaya aku tengok tu dari brand adik dia! Pastu owner byanasri pun komen cakap depa masih ambil order utk kebaya hitam ittewwwww..

Aku apa lagi, malam esok tu terus order! Cutting ada xda pikiaq kemudian!janji baju dapat dulu hewhewhewhew




Material kain aku xselidik plak,ini la aku punya perangai. Kalau dah suka,aku akan beli ja..material kain pikiaq kemudian. Apa pun jenis material,kalau dh sampai...aku terima dengan hati yang terbuka..sbb dah suka!

Sebab tu aku suka ja shopping baju raya on9..walaupun hari2 lain jarang sangat aku nk beli baju on9.

1st baju raya yang aku beli on9 dulu dari Rina Salleh. Tapi size chart dia xngam dgn aku. Tapi material baju & design cantik-cantik dekat Rina Salleh.

Alshawlmalaysia atau sekarang nama dh tukar ke qhaaleesa,size cart dia mmg terbaik! Memang ngam elok dekat badan & dia pun xtarget model tinggi beli baju dia.. So saiz mmg cun2..best la..

Tahun ni punya koleksi raya dia aku xsempt nak join sbb xsangka dah tutup order.

Pastu bila tengok size chart Anasri ni, sama pula dengan size chart qhaaleesa. Memang pucuk dicita ulam mendatang la kan..

Order & terus bayar la-la tu gak. Selang berapa hari ntah depa terus tutup order. Selamat i dh order!

Harga mahsuri kebaya adalah Rm229. Pastu beli sekali kerongsang kerawang tu Rm30,dapat diskaun sebab beli dengan baju. Makanya ioll dh ketaq kepala tunggu baju sampai ni.




Helok kan!? Utk kerawang bawah baju tu kita boleh pilih..nak silver ke nak gold. Aku pilih silver. Tapi bila pikiaq balik kalau ambil gold mesti lagi nampak classic. Kan.

Habis cerita pasal baju.

---------------

Kasut. Kasut memang tak beli dah sebab dah ada. Oleh itu,semoga Eli xajak aku p Mitsui. Sakgi saka aku ajak p drmartens plak ..hahaha

Kasut recycle kasut tahun lepas punya ja.






Kasut tahun lepas. Baru pakai sekali ja kasut ni. So niat hati besar nak pakai kasut ni ja.

Tapi,niat hati kecil nak kasut ni :-













Dr martens punya juga. Lawa gila!













Lawa kan?! Warna ni memang kena dengan kebaya mahsuri. Hewhewhew..

Saat-saat mcmni rasa macam alangkah baiknya kalau aku BikMama. Kakakaka..

Habis pasal kasut.
-------------

Shawl pula. Sekarang ni shawl aku tengah gila dengan bubble shawl. Yang style ada biji-biji tu.

Dan semestinya aku beli dari facebook nama Afiqah Osman! Kakak aku jual. Murah-murah ja.




























































Ni antara warna yang ada. Kalau tengok dekat fb kak aku belambak lagi warna. Rambang mata-mata oi!

Ni instant 2muka tau! Kak aku buat promo Rm15 jewwww selai.

Lepas tu kak aku jual juga baju budak juga.










Comelkan! Rm65 ja wei.. Xplan lagi nak beli ke Adelia ka dak. Baju ni banyak warna ada. Saiz dari 1tahun sampai 12 ke 7tahun ntah. Comel2 semua!

------------

Bag raya.

Amboih sangat. Raya pun ada bag hahaha.. Bag raya cari dekat Gm Klang jewww.. Banyak cantik-cantik & harga murah tahap gila punya.

Bag idaman nak beli xcukup duit lagi hahaha.. Oleh itu simpan dalam mimpi dulu.
---------

Kuih raya.

Kuih raya aku tempah dari kakak aku juga. Sekadar buat syarat & tanda support kak aku.

Dia lani full time jaga anak & niaga kecik2..makanya support la apa y dia juai.

Bab kuih raya aku xberiya sangat nak order,sbb nanti raya pertama lepak rumah Parit Buntar. Raya kedua ada bbq dekat rumah mak Tikam Batu. Raya ketiga p rumah ayah pula di Permatang Berangan.

Raya ke4-5 memang dah mula production Purebysafiyyahosman semula.

---------

Itu jala persiapan aku utk raya ni. Tahun yang berbeza & perasaan yang berbeza.


Selamat membuat persiapan raya pada uoll. Semoga lancar hendaknya. Amin.

Bye!





No comments:

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016