26 March 2016

Takutnyaaaaaaaa..

Ramai orang ada idea..ada plan tapi takut nak MULA.

Takut xlaku.
Takut xboleh.
Takut gagal.

Tip pertama : Jangan pikir negatif. Just START!

Kalau ada plan A B C sampai Z,tapi tak MULA,selamanya plan tu tinggal duk dalam otak sampai karat.

MULA weiii..MULA..MULA plan A dulu xpa..janji kita MULA.

Tip kedua : JANGAN DENGAR cakap-cakap orang yang negatif.

"Hg tarak boleh buat aih!hg bukan femes!"
"Hg xyah buat wei..susah nak bersaing.."

So jangan dengar pendapat orang luar,depa tak duduk tidoq dalam otak kita depa xboleh bayang apa yang kita pikir & plan. Depa xnampak apa yang kita nampak.

Bila kita MULA plan A, kita akan dapat bayang macamana plan B kita akan jalan. Lepas tu akan nampak pula macamana plan C kita akan MULA.

Tip ketiga : JANGAN KEDEKUT nak invest untuk buat marketing. Taik hidung masin tak laku ok. Sama juga mcm produk/barang yang kita buat..xbuat marketing makanya barang/produk kita xakan laku.

Macamana nak laku kalau orang tak tau apa kita jual?!

Bab marketing ni buat  lepas plan ABCDEFG dah MULA. Kita MULA invest untuk marketing pula. Sebulan kita invest Rm50-100 dah ok.

Tambah zaman sekarang buat marketing start dengan Rm 0 pun ada. Guna wall fb sendiri untuk war2 kan bisnes yang kita buat. Guna wall /minta tolong adik beradik & kawan-kawan.

Tip ke-4 : cari stokist/agent/dropship.

Bila orang dah tau dah kenal apa kita jual..kita start cari orang untuk duduk bawah kita.

Tip last : Buat la marketing sepanjang hayat bisnes kita. Xkisah la bisnes kecil atau besar. Marketing ni serupa macam JANTUNG.

Berhenti jantung. Mati la kita. Macam tu juga dengan bisnes.

Good luck pada semua jiwa-jiwa yang nak berbisnes.Jangan takut untuk BERMULA.

"You don't have to be great to start,but have to start to be great."

Founder Purebysafiyyahosman
26.3.2016

Kalau nak share silakan share. Tak yah minta izin i ok.

1 comment:

madam casper said...

Betoi Pia..idea mmg belambak tapi nak mula kak takut dan x konpiden.

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016