16 December 2015

Stress + Berdebar.

Alhamdulillah, aku lega dan rasa excited gila untuk R&D next product di bawah label purebysafiyyahosman. Aku baru settle kelas belajar buat next product.

Walaupun modal sekecik semut api,tapi pelan-pelan kayuh juga la..sebab sekarang 100% mata pencarian aku memang product purebysafiyyahosman ja.







100% handcrafted oleh aku dan Eli. Eli keja dia,dia bantu aku..tolong kacau scrub sebab memang xlarat kalau aku nak kacau sendiri. Aku akan adun semua bahan dalam bekas,eli kacau sampai sebati. Lepas tu aku akan kaut masukkan dalam jar,eli akan lekat sticker dan tutup kepala jar.

Macam face mask tu aku 100% buat sendiri,kacau sendiri,eli akan ambil alih time nak lekat sticker ja dekat bekas mask.

Lip balm buat sama-sama. Sama2 tuang dalam bekas,sama-sama lekat sticker. Sama juga dengan soap.

Foot soak pulak aku bancuh dan adun,eli tutup jar n lekat sticker.

Gittewww la rutin kami. Penat dan Stress hahahahaha.. So far production hari-hari buat dan setiap hari akan tidur pukul 3pagi ke 4pagi. Tengok kekuatan mental dan fizikal. Huhuhu

Nak pakai pekerja xmampu lagi,haritu ja terpaksa upah sepupu aku utk lekat sticker. Now 100% sendiri.

Kebersihan tetap no1. Sebab aku sendiri kalau cari skincare akan pikir pasal kebersihan dulu. So bab kebersihan memang aku dgn eli jaga.

Pakai apron pakai buang. Pakai cap shower tu..pakai sarung tangan pakai buang..gigih wei gigih.. Sebab takut segala bulu ka rambut ka termasuk.

Alhamdulillah so far dah 1000jar keluar xda lagi dapat komplen berkenaan dgn kebersihan. Alhamdulillah.

---------------

So far terpaling laju adalah stock lip balm. Baru dalam 1bulan++ dalam pasaran online & offline dah terjual 500tube. Ok la utk orang yang xda nama macam aku ni kan.

Paling aku lega bila dapat feedback dari customer,semua suka lip balm aku. Rasa penat dan stress semua hilang.







Ni antara feedback yang ada,banyak lagi feedback customer dekat instagram purebysafiyyahosman. Boleh tengok dekat sana.






Ni mulut customer. Pagi-pagi buka wasap dia bagi gambar ni..gambar sebelum tu maybe dia xsiap nk ke office lagi.. Gila dapat gambar mcmni best gila!

Pastu aku memang ada janji dengan regular customer,siapa yang bagi feedback dan gambar.. Insyallah kalau terpilih oleh hq,akan dapat produk purebysafiyyahosman FREE dari hq!

Dan rezeki akak bibir tu..dia teringin nak cuba face mask..maka i bagi face mask ke dia FREE!

Nak cerita pasal lip balm, lip balm isi kandungan dia 70% dari madu asli. Madu asli bagus utk cerahkan bibir dan bagi bibir kita tu jadi warna asli balik. Pastu lip balm purebysafiyyahosman long lasting ok. Try la. Insyallah uoll mesti suka!.

Buat produk sendiri bukan senang.. R&D berapa kali..bab sticker..bab packaging..rolling modai sebesar semut tu..

Dan paling aku berterima kasih adalah pada master agent/stokist la. Walau produk aku ayam-ayam ja,xgah mana..tapi depa berani ambil dan jual. Alhamdulillah.

So produk aku ni 100% edible. Boleh dimakan.Tambah-tambah lip scrub dan face mask. Body scrub dan lain-lain tu kalau rasa nak makan pun boleh kalau selera. Sebab rasa dia keras sikit.hahaha.. Lip scrub n face mask di jamin sedap gila kalau ampa makan.

Dan aku masih dalam proses nak apply kkm. Insyallah 2016 produk purebysafiyyahosman akan ada dah kkm. Utk HALAL punya cert.. Maybe makan masa bertahun..sebab mahal gila.Aku xmampu. Tapi aku berani sure 100% product yang aku import memang 100% kosher. Tiada alkohol. Tiada unsur babi atau binatang xhalal.

Dan product purebysafiyyahosman tiada sebarang bahan kimia dan pengawet kimia.

Wish me luck. Semoga aku &Eli serta produk purebysafiyyahosman dapat pergi jauh. Amin.

Kalau nak tengok produk boleh ke :-

Facebook page : purebysafiyyahosman
Instagram : @purebysafiyyahosman
Webstore : www.purebysafiyyahosman.com
Order online : +60194163319 atau dari stockist/Master Agent.
COD/Self-pickup : #MApurebysafiyyahosman


Bye.



Instagram : @safiyyahosmann & @purebysafiyyahosman

3 comments:

safurara said...

good luck piya, ntah bila lah nk try.hahaha

Fiqah Feeona said...

Goodluck! Tak pe kayuh perlahan-perlahan. Asalkan ke hadapan. Saya doakan semoga maju jaya.Kalau perlukan bantuan register produk, nak tanya saya boleh jugak. Saya dah 8 tahun bekerja register ubat. Mungkin dapat tolong sikit-sikit.=)

sarah shamsyul said...

Good luck piya.akk mmg ikuti pkembangan awk...happy dgn ape y piya usahakan skg...awk bleh pegi jauh lg...awk gigih

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016