19 December 2015

Bakso Dengan Sambal Indonesia.

Minggu lepas hari Ahad,aku buat makan-makan sebab isteri jonz teringin nak makan bakso dengan spaghetti bolognese.

Makanya aku beli bahan basah semua,Jonz beli daging dengan tulang untuk bakso.

Kalini bakso aku ikut resepi biras aku,Kak Ema. Kak ema bagi resepi sambal indonesia tu ja. Sup sendiri punya resepi.

Aku masak sup malam Sabtu. Just masak daging n tulang bagi empuk. Garam ka hapa pagi Ahad tu baru masuk.



Masa ni dah masuk 4jam rebus. So tutup api n tidoq!



Esok pagi baru masuk segala rencah. Aku guna perencah sup siam 1peket sebab malas nk blend bawang semua hahaha..

Pastu basuh daun sup sekali dengan akar dia,masuk juga dalam sup. Ambil sebatang saderi potong memanjang n masukkan juga dalam sup. Masuk gula garam. Kiub daging. Masuk meatball.Mendidih terus tutup api.
Siap!
















Sambal indonesia versi derhaka. Selamat jadi. Sebab kak Ema xbagi resepi lengkap,kena pandai agak sendiri.

So memang aku agak la. Xboleh nak lawan sambal indonesia kak ema sbb sambal dia buat sedap ya rabbi!

Sambal indonesia ni kita kena blend cabai melaka hijau tu/cabai hidup merah,belacan,tomato,bawang..pastu tumis n masak sampai pecah minyak gila-gila.buh gula. Aku ltk kicap tu y nampak gelap.



Untuk diri sendiri 3mangkuk gak la. Habis ok. Eli xdan rasa huhuhu.



Ni gambar masak semalam.Eli nak makan.

Resepi:
Sos pasta kimball.
Saderi/celery*potong dadu kecik2*
Carrot *potong dadu kecik2*
Tomato*potong dadu
Bawang besar*potong dadu*
Daging kisar
Cendawan dalam tin(potong nipis)
Sos tomato(bancuh dgn sedikit air)
Sedikit gila kiub lembu
Sedikit minyak
Garam &gula bila perlu(aku xletak sbb kiub lembu tu dah masin)

Cara masak :
Panas minyak,masukkan daging kisar. Masak sampai air daging dah agak kering,masukkan bahan *,masak sampai semua bahan * layu. Masuk sos kimball setengah botol.masuk cendawan y dah dipotong.

Masuk sos tomato y dibancuh dgn air,gaul sampai mesra,masuk kiub daging. Biar sampai mendidih(api slow), kacau sampai mesra n tutup api.

Siap!








Ok
Bye!
Instagram : @safiyyahosmann & @purebysafiyyahosman

No comments:

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016