3 November 2015

Komen.

Akhirnya aku buka ruang komen balik. Hahaha..dekat 2tahun aku tutup space komen tu.. Sebab malas nak layan sakai-sakai yang suka buat blog ni mcm blog depa gittewwww..

So sesaja buka balik.

----------------

Dah sebulan duduk rumah ni..so far so gooooooddddd! Cuma jiran aku yang India ni xberapa nak ada common sense sikit.

Sepanjang sebulan duduk sini,masak kekadang ja..kesian Adelia dengan Eli kena makan luar.

Serius xberapa sempat nak masak..berkebun apa tah lagi..







Koteaw goreng kerang. Sedap! Masak guna arang. Sedap gila oi!
Special macam ni Rm3.00 ja.






Sate ikan. Rasa sama macam dulu-dulu. Sedap!






Nasi dehgan masak lemak udang dengan pegaga. Aku masak laju-laju. Untuk Adelia masak daging goreng. Tapi makan sikit ja..Adelia ni lebih suka makan ayam.







Laksa Rm2.00 sedap. Dekat taman aku ja ni.






Ni pakcik yang masak koteaw kerang gambar atas tadi. Dia berniaga dari zaman aku sekolah rendah darjah 3 xsilap. Sekarang aku dah umur 26tahun. Dia n isteri dia pun dah nampak tua.

Sedap! Masak guna arang..xletak pak aji.. Guna kicap,tauge dengan kucai ja.. Kalau harga biasa Rm2.50.. Special Rm3.00 kalau extra koteaw Rm4..kalau extra boleh makan 2org tau utk 1pggan.

Memang sedap cuma kna tunggu tu lambat sikit kalau mai makan pukui 8-9..sebab orang ramai. Memang sejak dari dulu..situ la port dia. Stall yang sama..tempat masak yang sama..

Cokie--kucing jalanan --kucing yang aku pernah ambil dekat stall pakcik ni.

So sila la p cuba kalau nak rasa. Kedai pakcik ni dalam taman arked,bawah market taman arked tu..dekat dgn taman delima. Lot kedai mpsp.

--------------------






Bihun goreng sambal sotong. Dinner hari apa ntah..siang tu aku masak sambal sotong..ada lebih 4-5ekor..terus buat bihun goreng.






Sambal sotong dengan ubi kentang. Telur dadar. Aku dalam fasa gila makan sotong. Semua salah Ali nasi kandaq hahaha..ketagih nak makan sotong.







Pastu hari apa ntah masak nasi daging utara. Guna perencah iman. Sedap woooo! Cicah air asam dengan daging..rebus telur masukkan dalam kari campur Ali yang aku simpan dalam freezer hahaha..eli kata aku gigih. Gigih bekukan kari campur Ali.






Laksam ni sedap gila! Dekat taman ria. Kedai cucur udang taman ria sebelah dengan brader juai ayaq jagung sedap tu. Kedai dia ramai gila.. Tapi sedap n murah!







Lani aku dah naik berat 3kg.syabas piyah! Hahaha..aku salahkan peniaga area sungai petani..masak apa ntah semua sedap!hahaha..

Ok.
Bye!

Instagram : @safiyyahosmann & @purebysafiyyahosman

3 comments:

Fiqah Feeona said...

Terliur...

Chekgu Azrine said...

Mkck akk ada kat area taman ria tu..xthu pun kat situ makanan swdap2..lps ni nk p rasa la kalau blk penang..

ibuhebat said...

syok dok kampung mcm ni la.. part makan confirm murah..

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016