10 November 2015

Abang Botak Station,Sungai Petani---Wajib Singgah!

Aku nak cerita pasal 1port makan baik punya dekat Sungai Petani.

Sesaja haritu p makan situ. Dia buka guna lori pickup putih bodo tu ja tapi masak sedap nak mampuih!!

Murah plak tu!!










Ni lori putih tu.. Memang simple habis. Tapi bersih. Tengok kemas ja tempat dia masak. Sekeliling lori pun bersih.









Tempat letak pinggan n makanan pin bersih.









Harga makanan murah gila!!









Paling mahal Rm8.00..paling murah Rm3.90.

Malam tu Eli makan pasta carbonara dgn bolognese. Aku makan prawn olio. Sumpah sedap! Xpadan lgsg dengan harga..sebab sedap sangat padahal tepi jalan ja..rasa marveles!

Untuk harga Rm5.90 tu bagi aku memang berbaloi. Kenyang. Serius bberbaloi. 1pinggan pun dah kenyang kalau ambil saiz L.

Spaghetti yang depa served depa timbang dulu,xsure tiap saiz tu berapa gram.

Ada air beberapa jenis. Aiskrim pun ada.

Prawn olio dia sedap!cuma pedas gila..tapi sedap.next time kalau aku p lagi,aku nk minta kurang pedas.

Bolognese dia pun sedikit pedas,tapi sedap..rasa mcm dia letak cajun..sebab rasa herb n berangin..lari jauh dri typical bolognese yang biasa dok makan tu.

Carbonara dia eli cakap sedap gila! Eli suka.nak kata lemak sangat pun x..tapi cukup rasa.

Haritu aku makan lagi sekali..hahahah sebab dia kemurahan dia dan kesedapan dia..

Aku order set nasi goreng + chicken chop. Nasi goreng dia memang sama macam nasi goreng tok. Resepi nasi goreng tok -- nasi goreng dia lebih kurang mcm resepi aku tu. Memang sedap. Kena gila dengan chicken chop dia.. Sos blackpepper dia light ja. Memang kena. Tapi sos tu aku suruh asing.

Dan paling best nasi goreng dia pedas.hehehe..aku suka pedas.

Harga : Rm8 ja utk set. Nasi 1mangkuk sederhana. Ayam besar lebih kurang sebelah +- tapak tangan aku.

Terbaru aku makan set spaghetti+chicken chop




Rm8-Rm8.90 ja..aku ambil spaghetti tu dalam portion L. Wei sedap weiii! Aku minta kurang pedas. Memang meletop! Sedap!

Dia punya servis cepat. Lepas tu peramah. Xkerek pun. So memang best la..

Aku saja sembang-sembang,rupanya depa baru ja buka dalam 1bulan. Start petang hingga jam 12-1pagi sahaja.

Area kedai dia dekat bangunan belakang seng heng y dekat nashmer nasi kandaq village mall tu.. Aku nk cerita pun xtau hahaha..

Kalau lalu nak p ke village mall dari taman ria,memang nampak la lori pikap putih abg botak ni. Besar2 tulis homemade pasta abang botak.

So siapa yang suka makanan murah gila tapi sedap dari cafe hipster,sila la terjah abang botak station ni. Sumpah berbaloi. Murah. Sedap. Bersih.

Aku x dibayar pun utk war2 kan pasal bisnes dia..saja buat review sebab suka dengan servis dia.. Peramah. N makanan pun sedap! Next time nak try beef steak dia pula.

Tapi prawn olio tetap dihati! Susah nk cri y terer masak prawn olio. Sebelum ni y sedap olio dkt dome,second abang botak ni..ketiga ooi & comrades Ipoh sana.

Ok.
Bye!


Instagram : @safiyyahosmann & @purebysafiyyahosman


No comments:

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016