27 October 2015

Hijab Style Terbaru!


2015 --- sekarang ni semua orang berlimba-lumba pakai hijab..lepas tu pening nak pakai style apa kan!



Aku pun selalu try n error..n dok la ulang tengok youtube utk belajar style baru.



Seiringan dengan revolusi fesyen Muslimah yang semakin berkembang dengan kehadiran rekaan-rekaan pakaian Muslimah yang terkini dan moden, trend hijab style juga turut menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi dengan kemunculan pelbagai cara pemakaian hijab yang unik dan kreatif.





Salah seorang pelopor hijab style yang cukup dikenali ramai dan pernah menjadi fenomena adalah pereka fesyen terkenal Hana Tajima.



Beliau juga yang merupakan seorang blogger sering menjadi role model ramai wanita berhijab kerana sering memperkenalkan gaya-gaya pemakaian hijab yang menarik dan mudah dipakai.



Berlalunya fenomena Hana Tajima kini disambut pula dengan kemunculan beberapa trend Hijab style terbaru yang tidak kurang hebatnya dan amat praktikal seperti berikut;



Instant Shawl















Boleh dikatakan bahawa koleksi instant shawl merupakan fenomena baru yang melanda industri fesyen Muslimah tanah air. Mula diperkenalkan sejak awal tahun lalu, ia terus menjadi pilihan ramai wanita sehingga kini dan pelbagai rekaan instant shawl yang menarik boleh anda temui di pasaran dengan tawaran harga yang cukup berpatutan.





Basic Shawl

















Ini pula merupakan pilihan sepanjang zaman bagi setiap wanita berhijab. Aku suka pakai basic shawl,Koleksi basic shawl merupakan jenis tudung yang paling evergreen dan boleh dipakai dengan pelbagai gaya mengikut kreativiti si pemakai.



Hoodie Shawl















Bagi wanita yang ingin tampil ringkas pula, koleksi hoodie shawl adalah pilihan yang terbaik. Ia merupakan jenis tudung yang paling mudah untuk dipakai dan pastinya amat praktikal.





Mana satu pilihan dan kesukaan anda untuk style hijab terbaru??..



Bye!











Instagram : @safiyyahosmann & @purebysafiyyahosman




Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016