31 October 2015

Cita - Cita Aku.

Aku kalau duduk sorang-sorang..mesti akan teringat cita-cita aku.

Dulu dari tadika sampai la form3,aku berangan nak jadi doktor haiwan..sebab aku suka kucing.

Tapi SPM biologi FAIL. Lulz. Pastu terus kelaut dalam cita-cita aku. Serius aku dah xnampak apa aku nak jadi.

Umur 18tahun,aku kerja sebagai promoter jual barang kecantikkan dan kesihatan. Sebelum kerja tu,aku habis ja SPM aku kerja cyber cafe. Tapi xminat aku berhenti sebelum dapat kerja sebagai promoter barang kecantikkan tu..

Kerja jadi promoter jual barang kecantikkan adalah sangat sangat susah tapi best gila!walaupun Haram time tu aku xtau apa benda aku nak cakap..sebab aku dari zaman sekolah xbiasa pakai produk kecantikkan.. Mak pun xdedahkan.. Mak lebih suka suruh tempek tomato atas muka..tempek putih telur atas muka..blend carrot,epal semua tempek dekat kulit muka..wap muka tiap minggu..start dok dengan mak masa form3,mmg itu la rutin aku sampai habis sekolah dan aku memang tak pernah berniaga..xtau wei nak buat ayat macamana utk jual barang..

Aku gamble ja minta keja jadi promoter jual barang-barang kecantikkan sbb time tu mmg nak ada duit sendiri..hakikat dia aku time tu xtau antara face soap dgn toner..milk cleanser mana nak pakai dulu..

Ex boss aku ajar dari A-Z. Lain-lain tu aku belajar sendiri..study pasal semua produk yang ada dekat kedai time tu guna majalah wanita ja.

Keja 3tahun juga bertukar company kecantikkan. Time tu syok pegang duit banyak. Habis lagi kelaut cita-cita aku..kakaka.

Along paksa suruh ambil kos meki..walaupun result aku so-so ja.. Minta Uniten,xdpt kos meki..dpt kos account..apply poli bru dapat kos meki..

Masuk la belajar..sambil partime jual barang kecantikkan juga dekat center square dengan giant.

Time ni yang aku tau cita-cita aku nak kawen umur 28tahun. Nak ada kereta..rumah.. Gila wei berangan hebat semuanya hahaha..sekali cekelat angin..umur 22 dah kawen hewhewhew.

Belajar habis. Duduk rumah jadi surirumah. Saiko wei saiko.haha..tengok kawan-kawan berjaya..kerja bagus..rasa down tu ada..tapi xpikir sangat..

Now Cita-cita pun dah berubah..tambah-tambah bila seronok berniaga. Tapi itu la..idea ada tapi duit tu ada xbesar..

Aku banyak benda nak niaga..tapi semua xberapa nak ngam dengan jiwa..so banyak aku buat selerat jalan ja lepas aku let go atasrakcollection.

Masa let go atasrakcollection rasa sedih sangat..nangis hari2 wei..dalam masa 1mggu pertama tu..

Last aku rasa purebysafiyyahosman ni terpaling ngam lepas bisnes atasrakcollection.

Sekarang...

Cita-cita aku nak buat Eli jadi macam terlajak laris tu hahahaha..dia pun dekat rumah dah praktis apa nak cakap depan tv nanti kakaka..

Ok la..bye!
Nanti aku story siapa yang bagi aku modal utk aku start berbisnes lepas jual atasrakcollection.

Bubye.


Instagram : @safiyyahosmann & @purebysafiyyahosman

No comments:

Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016