20 September 2015

Nasi Kandar Beratur Restoran Ali,Parit Buntar Perak.

Aku now ada dekat kg. Disebabkan detox tea delay beberapa hari..maka terus la aku laju-laju balik kg.

Khamis tu dah settle pos scrub,kuah kacang semua..malam tu pukul12 terus gerak balik kg guna jalan belakang.

Pukul 5 sampai Parit Buntar.

Kalau balik Parit Buntar,wajib makan nasi kandaq Ali dengan char koteaw Along dengan nasi kuning.




Petang jam 6.20 aku dah terpacak depan kedai Ali. Hahaha..tapi uncle ni lagi awai.

Uncle ni cerita,dia dok Melaka dah sebulan..tapi xtahan..dia balik juga sbb dia rindu nak makan nasi kandaq Ali hahaha.. Dah la dok taman apa ntah..naik basikal mai kedai Ali..jauh juga taman dia..

Mai semata-mata nak beli ayam goreng,sayur kobis dgn kuah gulai ja.

Aku orang ketiga lepas uncle ni. Time tu dah beratur panjang kot manusia lain.



Total sekali air Rm19.30. Bagi aku murah la..mana nak dapat harga mcmni kalau dok mati dekat Banting n KL hahaha..

Mamak KL ambil ayam saja pun dah 6-7inggit..kalau ambil sotong lagi dia kapak la..dh la xsedap.

Kalau dekat Ali,Sotong tu besar siap ada telur..sedap plak tu..ayam goreng pedas pun sedap.. Ikan keli eli tu garing n besar..xcukup kalau xminta nasi tambah..gittewwww

Sedap gila wei..kuah campur..kalau suruh mamak KL buat kuah campur..ntah apa2 kot..

Ketagih nak makan. Sotong dia tu mmg marveles gila!

Nasi kandaq dia lagi sedap dari nasi kandar beratur.serius! Bersih pun bersih kedai dia.

Ada panggil kedai saleh..aku dok pggil ali sbb eli cakap nama dia dah jdi ali hahaha..

Memang kena try..sedap wei.. Hg p lambat nanti tinggai ayam goreng ja hahaha..

Sbb dulu masa baru kawen,bla pagi2 buta aku sampai PB,mesti singgah dekat Ali dulu beli nasi..time tu memang dapat ayam jala..tu pun kalau nasib baik..kalau nasib xbaik..Ali dah tutup kedai.

Kedai Ali buka start pukul7. Memang ngam-gam pukul 7 dia buka kedai..time tu memang dah panjang barisan. Cina india melayu memang dah siap beratur.

Aku memang pukul6.30 mcm tu dah terpacak kalau nak makan dekat situ.

Info Mengenai Nasi Kandar Ali - Nasi Kandar Beratur Parit Buntar (kredit to http://www.hasrulhassan.com/2015/07/nasi-kandar-beratur-restoran-ali.html )

Sedikit info tambahan ...
Asalnya berniaga dengan van depan kedai ni yang dimiliki oleh peniaga Cina.
Dulu restoran ni nama dia Nasi Kandar Salleh, tapi dah tukar pemilik. Diambil-alih oleh Ali.
Antara menu best ialah Ayam Madu dan Ikan Keli Madu
Air tak berapa nak syok sangat jika dibandingkan dengan owner lama - Restoran Nasi Kandar Ali.
Didatangi pelbagai bangsa - india, cina, melayu ... malah pak arab dengan mat salleh yang belajar di USM Transkerian pun datang makan sini.
Restoran simple tak ada dekorasi menarik - purely tarikan ialah makanan.


Sila-sila la singgah p try..serius sedap!


Bye!

Instagram : @safiyyahosmann & @purebysafiyyahosman
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016