7 July 2015

Tempatan Fest Nusajaya,Johor. ---- Orang Johor Memang Awesome!!

Hye

Weekend haritu,aku follow Eli berniaga dekat event Tempatan Fest selama 2hari,Sabtu & Ahad.

Ikut sebab nak tolong Eli,Eli p sorang-sorang ja. Maka dia suruh la ikut. Adelia tinggal dekat SIL.

Gerak hari Jumaat malam Sabtu,sampai Nusajaya Johor pukul 6pagi.

Sebelum tu singgah dulu sahur dekat RnR Machap.

Sahur makan soto & air teh dandelion+fennel ais.
Makan laju-laju terus gerak.

Ni dah sampai,sampai-sampai sempat bawa turun railing ja,pastu hujan lebat gilaaaaaaaa..

Pasang railing laju-laju,susun kerusi siap-siap.
Terus gerak cari hotel.

Kami duduk dekat hotel Princeston,Bukit Indah.
Semalam Rm118.
Bilik kecik gila hahaa
Rasa macam tersepit.
Bilik air besar.
Selesa la juga.

Sampai-sampai,terus tertidur..gila hang!mengantuk gila..walaupun sembang nak bangun pukul 12tengahari...
Sedar-sedar pukul2.45 hahahha

Siap laju-laju,selfie seround hewhewhewhew
Terus gerak p bangunan Little Red Cube.

Sampai-sampai tu,memang dah ramai la orang yang datang.
Yang best tu tiap orang aku jumpa pegang paperbag.
Power wei kuasa membeli dekat Johor ni.

Keja aku berdiri layan customer sambil jerit dalam iman..hahaha
"Mari-mari selai 40,2lai 70.."
Macam berniaga sayuq plak..kakaka

Sebelum tu aku tanya Eli..
"B u malu x kalau i suara kuat panggil customer??"
"Xmalu pun..panggil la.."

Bila aku habis ja cakap "mari-mari selai 40,2lai 70".. Dia gelak dok ejek..ayam betei!!
Hahaha

Orang Johor style,sentuh jadi..sentuh jadi..xcerewet..xcakap banyak..xbanyak cekadak.
Syok gila!

~~~~~~~
Berbuka dekat Johor awai juga,7.15-7.16 dah waktu berbuka.

Aku dengan Eli tapau makan oldtown ja,malas nk drive..n dekat situ tempat makan yang xserved beer ada 3-4kedai ja kot..

Dedua hari makan oldtown.
Dengan sudu garfu xda..
Mampu makan laksa dengan mee pakai tangan?
Hahaha

Pan mee goreng oldtown.
Sedap.
Cuma xpedas.
Kalau pedas lagi sedap.

~~~~~~~~

Kami tutup booth pukul 11malam juga hari Sabtu tu. Tidur xsedar apa sampai terlepas sahur..

~~~~~~
Pagi Ahad. Xpagi sangat la..pukul 10bangun.

Ahad,buka booth pukul 12tgh hari.
Pun ramai orang..
Kami xharap sangat ramai orang sebab Johorkan Ahad keja.

Tapi xsangka ramai.

Slingbag ni aku beli untuk diri sendiri.
Pastu saja syok-syok tanya member-member dekat facebook,siapa nak..
Boleh la aku tlg beli..

Rupanya ramai juga yang nak..
Habis aku borong dekat kakak tu..
Hahahha
Harga dia jual Rm39..aku jual Rm40.
Saja syok-syok ja tolong beli.

Pastu round-round are little red cafe tu,teringin nak masuk hello kitty land..
Tapi macam jakun pulak aku masuk sorang-sorang
Hahahaha

Maka masuk beli mainan untuk Adelia ja.
Hadiah sebab kena tinggal.
Sejam lebih aku duk dalam toysRus ni..
Rambang mata oi.

aku berdiri depan doll ni punya lama..
Nak ambil xambil..nak ambil xambil..
Kalah anak..padahal anak y nak main.
Huhuhu

~~~~~~~

  2hari dekat Johor,alhamdulillah sales agak baik.
Dedua pun dah sabar nak balik jumpa anak.
Malam tu kemas barang,round dulu booth-booth yang xttup lagi..

Ahad tu kami tutup awal juga,jam 10 dh settle kemas. Berangkut 3x juga la p kereta.

Bahagi sorang sikit barang..
Aku bawa kipas,stock baju sikit..tapak railing..

Eli tolak dgn troli benda yang besar-besar.

~~~~~
Susah senang bersama.
Gittewwwww..

~~~~~~~

Org Johor,Uoll memang power.
Tq pada bebudak yang beli baju Insurgent.


Bye.














For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016