21 July 2015

Selamat Hari Raya! Raya Dirumah Mertua.

Hye

Dah raya ke-5 baru nak up entry pasal raya. Aku dah selamat sampai dekat kampung aku sendiri. 4hari beraya di kampung Eli dan rumah mentua.

Seronok raya sana. Yang xseronoknya aku xsehat. Tidur xcukup. So mood memang agak kelaut la.

Aku lega banyak,aku xda masalah bab turn berhari raya. Sebab dari awal-awal kawen dah bincang. Dan aku manusia yang sukakan "perkataan "adil" dalam semua perkara. Dari sekecil-kecil perkara sampai ke besar-besar perkara. Dan aku xmandom hahahaha..dan rezeki aku dapat suami macam Eli..y xguna kuasa veto sampai tahai cibailll.

Xboleh fair boleh blah..gitteww konsep aku. Hg ada family..aku pun ada family..Guna term agama utk sedap diri sendiri pun boleh blah kedasar paling dalam..gittewww.

~~~~~~~~

Raya pertama-- Eli p solat raya,aku kisahkan Adelia dan bersiap. Pastu aku sambung tidur dengan baju raya hahaha..sebab aku telan ubat selesema. Memang gone laaa tidur xsedar apa.

Pukul 2gitu bangun,tolong mak katty hidang makanan,basuh muka..pakai tudung..tunggu Eli balik sembahyang jumaat.

Terus gerak p rumah Ismail(kawan eli),aku suka kalau p rumah ismail ni..sebab dia n bini dia sangat la peramah. Aku xla jadi kayu..boleh layan bersembang sekali.



Mael & bini dia hidang bihun sup. Sedap.
Kuih raya pun semua sedap-sedap.

Time p rumah mael ni,Adelia ikut. Tapi dia tidur..so biar ja dalam kereta.


Lepas tu terus ke rumah marsha..kawan Eli juga. Tapi aku xturun..Adelia dok lena lagi..lepas tu terus cargas balik sebab nak konvoi ramai-ramai ke kampung abah dengan mak katty.

Dekat rumah arwah tok n tokwan belah abah.
Eli panggil tok jauh.

Xcukup korum time ni..abah tengah qalit sembang dekat dapur.
Chik raya belah mentua dia..

Maka aku pun laju-laju p dapur panggil abah.
Cakap nk snap gambar ramai-ramai.
Laju la abah join.

Family abang M pakai baju hijau.
Family kak ju pakai biru.
Family aku pakai hitam.
Family kak awa pakai biru nk ke hijau.
Mak abah pakai xsedondon. Hahaha



Selfie berdua.
Curlassss sangat edit gambar hahaha


Mula-mula ja berjaya menahan diri dari makan gila-gila..lepas tu kelautan dalam la hahahahha


Dgn abang romly hahaha
Dia kata aku myanmar..kojaq gila.

Ni la kalau suruh dia ambil gambar..
Xpernah yang elok.


Ni round keberapa ntah.
Tu sambal bakso kak Ema(SIL) buat.
Ya tuhan sedap gilaaaa ..
Sup tu mak katty buat. Pun sedap.
Memang wajib ada kalau aku balik kampung.
Aku suka sup mak katty dgn abah buat.
Tersedap di dunia sup depa.

~~~~~~

Lepas beraya dekat kampung,terus balik.
Badan penat gila.

Dok sat mandi,relax-relax dengan abah,mak katty,kak awa(SIL),Eli.. Kak jue dgn abg sharul xda..bawa bebudak jalan-jalan.

Dok la sembang-sembang.
Sembang pasal adik beradik sampai la ke soalan cepuemas dari aku.
"Macamana abah tackle mak katty, bercinta dengan mak katty".. Hahahaha

Mula mak bangun sebab malu kot..hahahaha..
Pastu abah pun buka cerita dari A sampai Z..

Mak pun join siap bawa keluar gambar lagi..hahahaha

Cerita dia macamni :-

Abah masuk askar tahun 1970,tahun 1974 abah balik kuala kurau,lepak-lepak dengan kawan dia..kebetulan Mara ada ada buat 1lot bangunan utk orang kampung berniaga.

Mak pula buka kedai jahit dekat bangunan mara tu..so abah pun naik la basikal,p bangunan tu..pastu terpandang kedai jahit mak.

Dan terpandang mak.
Gittewww..

Terus abah berkenan. Dalam 3-4hari kot abah tanya pakcik yang berniaga depan kedai jahit mak, mak tu solo ka..ka tunangan org..

Pakcik tu kata xtau..padahal pakcik tu nak sailang bagi ke anak dia..tapi abah kata..abah lagi lajuuuuuu..hahhaha

Abah p jumpa mak,konon-konon nak tempah baju batik. Kakakaka..

Mak pun ambil ukuran semua.
N abah pun time tu la bagi nama penuh n alamat abah dekat sarawak.

Seminggu lepas tu,surat dari mak pun sampai wakakakaka..laju -laju.
Abah kata surat mak sebenban dok ada..
Tiap minggu sampai 2surat.
Hahahaha

Kami memang pakat gelak la..
Abah kata mak pandai buat ayat jiwang..

Ada 1gambar tu mak bagi ke abah..
Mak tulis " jgn merenung lama-lama,takut nanti jemu" 

Pastu abah cakap,mak pernah tulis "biarlah hidupsusah makan garam dengan nasi pun,janji kita hidup bersama.."

Hahahahahhaha..jiwang..berdekah-dekat gila kami dengar. Sebab abah nampak mcm kasar..mak katty nampak pendiam..tapi boleh tahan juga depa bercinta.hehehe

Pastu ada kes apa ntah,abah kata mak gtau dia nak terjun laut..terus mengelupur abah balik kampung jumpa mak.

Padahal ada Rm10 ja duit time tu..cukup untuk buat tambang ja..tapi abah balik juga..

Aku cakap la ke abah "besa la abah..kuasa cinta..hahahahahhaha"

Abah pun gelak berdekah. Hahaha

Akhirnya depa selamat diijab kabulkan. Kenai tahun 1974,kawen pun tahun yang sama.
Kekal sampai sekarang.
Dah 40tahun dah..

Surat cinta pun mak still simpan.
Cuma mak xmau tunjuk.hahaha

~~~~~~~~

Esk raya kedua tu, malam still sambung sembang dengan abah time zaman abah muda.
Abah dok bagi aku tengok album sambil cerita pasal dia dulu-dulu.

Abah dgn mak katty jenis pandai simpan dan jaga barang lama-lama. Gambar-gambar abah n mak,memang masih dalam condition yang bagus.
Kagum aku tengok.



Abah muda-muda memang hensem.
Kulit putih,mata sepet,tinggi kurus,pakaian kemas..p mana pun pakai kasut sarung.

Mak memang muka melayu habis.
Kulit mak macam kulit Eli.
Eli banyak ikut muka mak..
Mata bulat n redup.
Rambut curl..

~~~~~

Tamat la sudah sesi raya belah mertua ioll.
Dan aku pun dah ada dekat kampung sendiri.

Duduk sini sampai awal bulan8.
Sebab aku ada exam nanti.
Hope ada la rezeki baru.


Bye!
Selamat hari raya.






For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016