3 July 2015

Juadah Berbuka Puasa.

Hye

Tahun ni kira aku puasa sambil control makan. Alhamdulillah,berjaya. Hahaha..

Tapi aku xbuat la diet atkins ka hapa..cuma aku xambil nasi,kalau ambil pun sikit gila..atau aku makan bihun.

Lepas berbuka tu,aku dh xmakan makanan yang berkabo. Minum pun banyak detox tea tu dengan air kosong ja.

Sahur aku tahun ni paling berlainan sekali.
Biasanya tahun-tahun sebelum ni,aku makan telur masin+papadom+nasi.
Setiap pagi ok hahahaha

Pastu aku baca yang benda2 masin ni sebenarnya buat badan kita jdi pusat pengumpulan air hahaha..
So tahun ni nekad la..
Xmakan.

Aku makan roti gandum tu..
Kadang sahur 2keping..kadang sekeping.
Oat+nestum semug.
Teh lemon ginger secawan.
Air masak secawan.
Settle.

Sahur juga..


Sahur hari keberapa ntah..
Dh lupa..

Baru sekali aku sahur makan nasi.
Tu pun ciput.

Berat now dari 65kg..
Turun jadi 61kg dh.
Seksa lerrrr oi nk turun pun.
Aku ni memang gemuk air ja lebih.

Sampai kiamat aku kena control makan,sebab badan aku jenis senang naik.


Berbuka hari apa ntah,aku buat tomyam tumis.

Bekal Eli p keja haritu..
Popia goreng laju-laju..
Tomyam tumis
Kailan goreng
Telur dadar
Nasi putih

Sambal sardin +telur dadar
Puasa ke berapa pun dh xingat
Hahaha

~~~~~~
Tahun ni kira ada hari Eli tapau ja..ada hari aku masak..ada hari berbuka rumah SIL.

Kadang Eli ja yang makan,segan la nak masak wei..
Aku kadang tu ratah-ratah lauk ja..

Eli sorang ja makan ni..
Ayam tu membawa sampai ke sahur.
Aku perangat ja utk dia..letak kicap..


Cucur udang cicah kuah kacang instant(wasap kalau nk beli 0192609886)
Sotong goreng tepung
Sup daging siam
Kailan goreng ikan masin

Sup daging tu time sahur aku tukar jadi masak kicap.hahhaa

Resepi sotong goreng tepung.

Sotong
Telur
Lada sulah
Garam sikit
Gula sikit
Tepung jagung
Tepung beras

Gaul sotong dgn garam gula n lada sulah
Masukkan dalan telur y dipukul ala-ala telur dadar.

Golek dalam campuran tepung jagung+tepung beras.

Panas minyak,goreng hingga masak.
Siap.


Ni aku panggil ayam buluh.

Resepi sambal ayam buluh.

Isi ayam --golek dalam tepung jagung+tepung beras,goreng dan ketepikan.

Cili kering*
Bawang putih*
Bawang besar*
Daun limau purut*
Serai sedikit*

*blend bahan hingga lumat

Garam
Gula
Gula merah
Daun limau purut(carik2)

Tumis bahan * dan masukkan gula merah/gula melaka.

Biar sampai pecah minyak.
Masukkan isi ayam dan daun limau.

Perasa dengan garam dan gula.
Siap.

~~~~~

Bye.
Selamat berbuka.




For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016