14 July 2015

Juadah Berbuka Puasa --- Spaghetti Goreng Dagng Salai.

Hye

Menu berbuka semalam. Lagi 2hari ja nak raya dah. Sat gila rasa..

Semalam memula nak masak daging kicap dengan ikan caru belah belakang.

Tengah scroll ig nampak spaghetti yang michellang masak..dia tulis spaghetti goreng sambal udang dengan chicken breast.

Dan2 aku terliuq hahahaha..tapi dia xda share resepi..aku dok perati ja spaghetti dia tu sambil pikiaq apa dia guna..Lulz sangat.

Last,buat pala la nampaknya..simpan balik ikan..bawa keluar udang,daging,isi ayam.

Rendam cabai kering..cincang bawang putih.

Disebabkan Eli cakap sedap,tambah 2kali..sampai licin bekas2.. So aku berani la share resepi.hehehe..

Kembang-kembang ioll rasa masa tengok dia tambah.

Resepi Spaghetti Goreng Simple Tapi Sedap.
Bahan utama yang perlu ada.

8pcs Cili kering+sedikit udang kering+sedikit ikan bilis+1ulas bawang putih+1lulas bawang merah. ----- semua bahan ni tumbuk sampai halus dan lumat.

3ulas bawang putih(cincang)

Udang(buang kulit)
Isi ayam(potong nipis-nipis)
Daging(potong nipis) --perap dgn kicap ABC+garam+gula.

Setengah sudu kicap ABC
Gula
Garam
1/2 sudu kecil Oregano flakes
1sudu kecil Pasley flakes
1sudu kecil Seasoning montreal chicken ---boleh cari dekat giant
Spaghetti --rebus dalam 9-10minit.

~~~~~~~

Cara masak :-

Daging salai --potong nipis daging,perak dengan sedikit garam gula &kicap ABC. Bakar dalam oven sampai daging masak dan garing. Biarkan sejuk.

Panaskan 4sudu minyak,tumis bawang putih cincang,agak dah naik bau dan bawang kekuningan,masuk bahan tumbuk.

Kacau sampai bahan tumbuk mesra dengan bawang putih cincang dan pecah minyak,masuk isi ayam dengan udang.

Masukkan sedikit air,dan tunggu sampai isi ayam dengan udang masak.

Masukkan kicap ABC,terus masukkan spaghetti.
Gaul sampai mesra.

Masukkan garam,gula,oregano flakes,pasley flakes dan seasoning chicken monreal.

Gaul hingga mesra.
Masukkan daging salai yag dah dipatah-patahkan.

Gaul lagi sampai mesra daging dengan bahan lain.
Cukup perasa,boleh tutup api.

Siap!

Siap.
Rasa pedas-pedas,masin-masin..


Ni ja menu berbuka.
Roti john beli.
Air tembikai beli.
Nugget tu goreng sorang 4ketul.


Licin.
Alhamdulillah.

~~~~~~

Harini plan nak makan bakso wak ja
Harap wak berniaga lagi la..huhu


Bye.
Selamat mencuba.










For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016