12 July 2015

Juadah Berbuka Puasa -- Ayam Bakar Style Kampung Cicah Air Asam Kurma.

Hye

Hujung-hujung ramadhan ni,dah xtau nak masak apa..berapa hari aku xmasak..tapau ja..nak-nak pula Eli ja yang makan..aku jadi xlalu nak makan..lalu makan bihun goreng ja.

Aku tengah stress ni baju raya yang beli dari Zalora,muat-muat..uwaaaaaa..harap boleh turun lagi 2-3kg sebelum raya.

Haritukan aku ada beli ayam untuk chicken chop yang dah siap xda tulang. Dah guna 4ketul,dok ada lagi 5ketul..

Makanya,aku plan buat ayam bakar cicah air asam kurma.

Stock udang dengan sotong pun ada lagi..maka buat la sekali. Lagipun minggu ni kena habiskan stock makanan basah.

Perap ayam 2ketul

Udang 6ekor
Sotong 3ekor

~~~~~~~~

Resepi ayam bakar style kampung yang mudah dan sedap.

Resepi Sambal Ayam,udang dan sotong bakar.
8pcs Cili kering(blend dgn sedikit air sahaja sampai lumat)
1inci Halia*
1inci lengkuas*
1batang serai*
4ulas bawang putih*
1labu bawamg besar*

* blend sampai lumat.

1batang serai(ketuk)
1sudu Kicap manis ABC
4sudu minyak masak

Cara masak :
Panaskan minyak,tumis bahan * sampai pecah minyak.
Bila dah pecah minyak,masukkan cili kering blend. Masak hingga cili pecah minyak.

Masukkan serai yang diketuk.kacau hingga mesra,masukkan kicap manis ABC dan garam.

Masak hingga sambal pekat dan pecah minyak.
Siap.

~~~~~

Basuh ayam,sotong dan udang.
Ambil sambal yang dah dimasak tadi,masukkan dalam bekas udang dan sotong serta ayam.

Ayam tu kelar2 dulu kulit dia..
Udang kelar belakang dia..
Sotong kelar sampai hujung ekor dia..

Perap selama yang boleh.
Aku perap dalam 3jam++.

Boleh la bakar.
Aku memula nk setup bakar guna arang,pastu xjadi..sebab lambat.

Makanya ayam aku bakar guna oven.
180c selama 35-40minit.

Udang dengan sotong balar guna pemanggang ajaib

~~~~~~

Siap!

~~~~~~~~

Resepi air asam kurma.


1biji Tomato(dadu)
1labu Bawang besar(dadu)
Belacan(besar ibu jari)*
Cili hidup 2biji*
Cili padi 4biji*
Air asam jawa cair(sedikit)--utk blend bahan *
Kurma 1biji*(buang biji)
Garam(secubit)
Asam jawa (setengah sudu)

Blend bahan yang bertanda * menggunakan air asam jawa sampai lumat.
Masukkan dalam bekas yang ada tomato dadu dan bawang besar dadu.

Masukkan setengah sudu asam jawa dalam bekas dan gaul mesra dengan bahan lain.

Siap!!

Asam jawa tu pemekat air asam.
Nanti akan rasa masam2,manis2 kurma,pedas2 +belacan..sedaaappp!!

Start masak pukul 5.00++..
Siap pukul 6.30..

Sayur kailan tu aku goreng biasa ja.
Baru tuai dari kebun kecik aku..

Ada lebih kurang 12-15pokok..
Setengah sedekah ke jiran..
Setengah aku masak tadi.
Settle.


Bye!





For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016