8 June 2015

Resepi Sambal Sardin Goreng Sedap Dan Mudah.

Hye



Sedapkan sambal sardin macamni makan dengan nasi panas-panas. Telur dadar. Kicap.

Bertambah wooo nasi..

Resepi memang kacang gila..


Bahan yang perlu ada :-
1tin saiz kecik Sardin
6biji cabai kering*
1labu saiz sederhana bawang besar*
2ulas bawang putih*
1sudu besar ikan bilis*
1 cawan kecil air asam jawa(pekat)
1biji ubi kentang
1labu bawang besar(potong bulat)
Garam
Gula
Sos tomato

~~~~~
Cara-caranya :-

1. Ubi kentang digoreng hingga masak. Ketepikan.

2. Blend bawang besar yang bertanda * + bwg putih + ikan bilis. Blend sampai halus.

3. Blend juga cabai kering hingga lumat.

~~~~~~

4. Panaskan minyak,tumis bwang blend hingga naik bau dan pecah minyak.

5. Masukkan cabai kering blend dan sedikit air,masak hinggai sambal pecah minyak
(Api kena slow).

6. Bila sambal pecah minyak,masukkan air asam jawa dan sardin dalam tin. (Masukkan sekali dengan sos dia)

7. Agak dah nak mendidih,perasakan dengan garam,gula dan sedikit sos tomato.

8. Bila semua rasa dah mesra,masukkan ubi kentang dan bawang besar yang di potong bulat.

9. Gaul mesra.siap!


~~~~~~~~

Urmmmm..
Sedap!






For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016