18 June 2015

Resepi Sambal Ayam Untuk Nasi Lemak.

Hye

Bila xtau nak masak apa..or malas nk masak banyak lauk+sayur..aku suka masak nasi lemak. Jimat masa dan jimat tenaga hahaha.


Tadaaaaaaa!
Sambal ayam ala-ala cik lembut dekat Kulim.
Minyak banyak berlenang tu perkara biasa untuk sambal tumis..

Kalau xsuka,lepas siap masak boleh tapis minyak tu buang..ambil ayam dan sambal ja.

Resepi dia senang ja..
Ni cara kedua aku masak sambal.. Cara satu lagi dah kerap share resepi.

Resepi sambal ayam :-
Ayam (goreng separuh masak-ketepikan)

10bji Cabai kering (blend dgn belacan atau ikan bilis)

2labu bawang besar saiz sederhana*
4ulas bawang putih*
1inci halia*

Garam
Gula
Gula melaka
Asam keping
Sedikit air
Minyak 1senduk++

Cara masak :-


Blend bahan bertanda * .

Panas minyak(guna minyak bekas goreng ayam),tumis bahan yang bertanda *.

Api kecil, bila bahan bertanda * pecah minyak dan naik bau,masukkan cili blend dan asam keping dengan sedikit gula melaka.

Masak hingga cili pecah minyak. Bila dah pecah minyak,masukkan sedikit air.

Masuk gula dan garam..bila sambal agak kering..masukkan ayam.

Gaul rata hingga mesra dan biar ayam masak sepenuhnya.

Siap!

Nasi lemak+telur rebus+timun+sambal ayam.


Bye.





For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016