22 June 2015

Resepi Popiah Goreng Dengan Inti Paling Simple Dalam Dunia.

Hye

Puasa baru 5hari,tapi aku dah repeat buat popia gulung utk goreng masa berbuka dah 2x.

Eli mengadu,dia xdan nk beli kuih..semua habis. Maka meh aku buat.hehe

Inti aku belajar dengan mak. Pastu aku derhaka la sikit-sikit resepi ittewwww..

Bahan yang diperlukan.

Satukan bahan dibawah dalam 1bekas
Carrot(potong memanjang)
Ubi kentang(potong memanjang)
Kobis(potong memanjang)

Bahan tumbuk
Bawang besar
Udang kering

Telur ayam
Bawang goreng
Tauhu (potong nipis)

Garam
Gula

Telur(utk lekatkan kulit popia)
Kulit popia
Tauge(utk diletak sbgai inti juga)

~~~~~~~~~~

Cara masak :-

Panaskan sedikit minyak,masukkan bahan tumbuk.masak sampai agak garing.

Masukkan tauhu dengan bawang goreng.
Kacau sampai mesra.

Masukkan semua sayur yang dh di potong tadi.
Kacau sampai mesra.

Bila dah mesra elok,masukkan telur..biar 1-2minit,baru gaul sayur tadi dengan telur.

Masak hingga telur masak dan mesra dgn bahan lain. Masukkan garam gula.
Kacau sat pastu tutup api.

Siap!

Asingkan kulit popia satu persatu.
Utk 1bekas ni,aku letak 1sudu,maka dapat 22pcs.

Letak inti,letak tauge. Lipat.
Hujung popia nanti letak telur utk bagi lekat.

Settle jam 12.50mlm tadi.
Aku frozen kan.

Jap lgi kalau nak goreng,keluarkan awal 3jam.
Goreng dalam minyak yang betul2 panas.


Bye.









For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016