15 June 2015

Resepi Nasi Ayam Simple Tapi Sedap.

Hye

Sejak kawen aku dah buat nasi ayam berjuta kali dah hahaha.. Kalau terlebih rajin,aku suka buat nasi ayam style chicken rice shop..kalau malas,aku buat nasi ayam kampung bodo2 ja..

So haritu,malas sikit,aku olah nasi ayam cara paling simple..tapi Eli puji melambung-lambung.. Hahahahahahahaha..

"Sedap la ayam u.."
"Kuah sambal u sedap la syg.."
"Sup sedap.."

Gittewwww.. Eli ni jenis banyak cekadak sikit..kalau dia puji tu maknanya mmg sedap.. Hahaha..kembang bontot2 aku kalau dia puji.


Jom cikidout resepi simple nasi ayam untuk kali ke 79327183911.

Nasi ayam simple gilaaa..
Nasi kuning
Ayam goreng
Tomato
Timun
Kobis
Sup bebola
Sambal
Kuah kicap

~~~~~~~~~

Kalau nak start buat nasi ayam,benda pertama yang kena buat adalah SUP AYAM.

Resepi Sup Ayam :
Ayam
Bawang putih*
Bawang merah*
Halia*
Serai*
Air
Garam
Gula
Batang saderi(potong dadu)
Fishball(optional)

Blend semua bahan yang bertanda *, panaskan air dalam periuk,bila air mendidih masukkan bahan blend dan ayam.

Tunggu hingga ayam masak,bila ayam dah masak angkat dan toskan.

Masuk fishball dan batang saderi yang dah didadukan,biar hingga fishball masak.
Masukkan garam dan gula.

Siap!

Bila dah siap sup ayam, kita terus buat ayam perapan.

Resepi ayam perapan :
Ayam yang telah dimasak tadi.
Kicap manis (guna kicap ABC lagi sedap)
Sos tiram
Sedikit gula melaka(ketuk sampai hancur)
Sedikit sup ayam

Masukkan ayam dalam bekas,masukkan sedikit sup ayam,kalau nak kuah kicap banyak masuk sup ayam banyak.

Masukkan juga kicap manis,sos tiram dan gula melaka.

Gaul sampai mesra dan perap selama yang boleh.

Selepas perap, asingkan kuah kicap dengan ayam.


Panaskan minyak dan goreng ayam sekejap.

Siap!


~~~~~~~~~~

Nasi biasa akan akan masak lepas dah settle perap ayam,dan biarkan dalam peti ais sebelum menggoreng.
Biasanya aku goreng last lepas semua kuah dan nasi siap.


Resepi nasi ayam butter :
Beras (cuci dan toskan)
Butter
Serbuk kunyit
Sup ayam
Bawang putih*
Bawang merah*
Serai*
Halia*
4beradik sup
Daun pandan
Batang saderi (optional)

Blend bahan yang bertanda *.

Panaskan periuk,masuk butter..agak dah panas,masukkan 4beradik sup dan bahan blend.

Biar bahan blend pecah minyak,masukkan beras dan serbuk kunyit n daun pandan.

Kacau sampai mesra,tutup api.
Masukkan sup ayam.

Agak bagi sedang elok,jgn sampai nasi lembik..
Angkat masukkan dalam rice cooker.

Tunggu nasi masak.

Siap!
Bila masukkan butter,nasi jadi sdap dan bau wanggggiiiiiiii..

~~~~~~~

Resepi sambal merah :
Cabai hidup*
Cili padi*
Tomato*
Bawang putih*
Sos tomato kimball
Sos cili life
Cuka makan
Garam
Gula

Blend bahan yang bertanda * tanpa mengunakan air.

Masukkan bahan yang dah siap kita blend dalam periuk,buka api slow..masukkan sedikit air.

Agak nak mendidih,masukkan cuka makan,sos tomato,sos cili..tunggu sampai mendidih dan agak pekat.

Masukkan gula dan garam.
Siap!

Kalau xsuka pekat,masukkan sup atau air biasa sedikit selepas siap masak.


Kuah kicap yang kita asingkan dari ayam perapan tadi, boleh panaskan sampai agak pekat.


~~~~~~


Bye.


















For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016