29 June 2015

Resepi Bakso Simple Tapi Sedap.

Hye

Baru buat bakso harini..haritu kan cakap nak buat,tapi xbuat disebabkan xbeli buah keras tu.hahaha.. Aku style kalau nak masak kena cukup bahan..kalau x ..xpuas hati woooo...

So ikut resepi yang kawan aku bagi,dia salin sambil bcakap dengan maid dia lombok tu..so xlengkap.

aku xtau nak agak bawang..3x masak sup saja wei..sebab 2x tu aku xpuas hati dengan rasa dia.. Aku bab masak memang gigih hahahha..

Bahan untuk sup.
Ni untuk 1st sup yang xjadi..
Pastu aku buat second sup aku kurangkan bahan sup dia tu..
Pun xpuas hati sebab bawang aku terlebih.

Kali ketiga..jadi..so aku ikut resepi ketiga ni la..

Daging(potong kecik-kecik)
Bawang putih 1ulas*
Bawang merah 2ulas*
Lengkuas(setengah inci)*
1 Kayu manis*
1 Buah keras*
1 Buah pelaga*
1 Bunga lawang*
2 cengkih*
Sedikit biji ketumbar**
Sedikit lada putih**
Sedikit lada hitam**

Daun sup
Daun bawang

14biji Bebola daging(brand figo)

Blend semua bahan yang bertanda * sampai halus. Sebelum blend sila goreng letak minyak dulu bahan yang bertanda *,kecuali buah keras.
Buah keras masukkan time nk blend bahan lain.

Sangai bahan bertanda **,blend hingga halus.

~~~~~
Panaskan air dan masukkan daging yang dipotong kecik-kecik tadi.
Bila dah mendidih,masukkan bahan blend * dan **,kecilkan api.

Reneh sup hingga baham blend mesra.
Masukkan gula dan garam.

Masukkan sedikit kicap ABC.
Bila dah mendidih,masukkan bebola daging.
Tunggu sampai bebola timbul.

Cukup rasa sup.
Tutup api.
Siap.

~~~~~

Bihun celur.
Bebola daging tu toskan.

Sawi(aku guna pak choy) -- hiris halus.
Tauge -- celur
Kobis-hiris halus

Cabai hijau - cili padi hijau rebus dalam 3minit.
Toskan. Tumbuk sampai lumat.
Masuk sedikit cuka,gula dan garam dgn serbuk lada putih. --- siap.

Sos kicap --- 7sudu sos cili + 10 sudu kicap manis ABC. -- siap.

~~~~~~~
Eli makan tambah 2pinggan hahaha
Syok.
Berbaloi la masak sup smp 3x.

Bahan paling penting
Sos cili
Kicap manis ABC -jgn guna kicap manis malaysia..
Serbuk lada putih.


Selamat mcuba.






For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016