24 June 2015

Juadah Berbuka Hari Ke-4, Sambal Tumis Ikan Sardin.

Hye

Malas nk update pasal menu hahahah..sebab asyik dok update dekat instagram @safiyyah.osmann ja. #piyahmasak gittewww..

Untuk hari ke-4 dengan hari ke-5, aku masak benda ringkas ja. Lagi pun Eli kalau aku beriya masak dia makan sikit ja.

Cuma tahun ni rasa mcm aku dh berjaya masak utk sorang makan,selalunya aku jenis masak byk2 mcm 4-5org nak makan..padahal 2org ja.

Sambal tumis ikan sardin.

Lawan dengan sayur kacang buncis goreng suhun.
Popia goreng inti sayur.

Eli bawa bekal p tempat keja.

Resepi sambal tumis ikan sardin.

Ikan sardin (cuci bersih dan goreng hingga garing)

7-8biji Cabai kering(blend kosong)

3ulas Bawang putih**
2labu Bawang besar**
1sudu besar Ikan bilis **

** Blend sekali.

Garam
Gula melaka
Gula putih(sedikit)
Asam keping
Minyak masak
Sedikit air
Sos tomato 3sudu
Sos cili 2sudu

~~~~
Cara masak :-

Panas minyak dalam 1senduk.
Tumis bahan blend **.
Tunggu hingga pecah minyak dan bau wangi.

Masukkan cili kering blend,gula melaka dan asam keping.

Masak hinggal pecah minyak betul-betul.
Masukkan sedikit air,sos tomato dan sos cili.

Masak hingga mesra.
Masuk ikan sardin tadi dan perasakan dgn garam dan gula.

Siap!!

~~~~~~
Resepi kacang buncis goreng suhun.

Kacang buncis(potong serong)
Suhun(rendam hingga lembut)
Sedikit udang kering(tumbuk lumat)

Bawang putih 7biji(3ketuk,4hiris nipis2)
Minyak masak
Gula
Garam

~~~~

Cara masak :-
Panas minyak,tumis bawang putih dan udang kering,masak hingga naik bau.

Masukkan kacang buncis.
Gaul mesra.

Masukkan suhun,garam dan gula.
Gaul semua bahan hingga rata dan mesra.

Siap!



Bye.



For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016