23 June 2015

Juada Berbuka Puasa Hari Ke 2, Bihun Goreng Tok.

Hye

Harini dah hari ke 6 kita puasa. So far so good. Masih jimat duit dari beli apa-apa juadah dekat pasar ramadhan. Lagipun aku fulltime dok rumah kan..memang boleh sangat la masak.

So hari kedua,seingat aku aku masak bihun goreng tok,daging goreng dengan tauge masak kicap tauhu.

Last,masa berbuka makan bihun goreng ja laki bini,licin! Hahahhaa..daging goreng makan time sahur.

So far aku sahur makan oat+nestum dengan roti ja..masih berjaya xmakan nasi. Makan time berbuka ja sikit. Harap turun la berat badan aku.


Bihun goreng tok.
Bihun goreng ni masa aku kecik adalah juadah wajib tiap kali berbuka puasa dekat rumah tok..
Sedaaappp weh!

Mak kalau masak bihun ni,aku boleh habis 1kuali kot. Bahan dia simple gila..

Bahan blend cabai kering+bawang putih+udang kering.

Bawang putih kena 5-6biji,udang kering dalam 1sudu++


Kucai kerat bila nak masak ja dekat #kebunpiyah
Jimat.


Bahan sampingan.
Daging mesti ada.
Kucai mesti ada
Toge lagi wajib ada.

Masa makan letak kicap manis.
Marveles uoll!!

~~~~~~

Resepi bihun goreng simple tapi sedap.

Bihun(celur)
Daging (rebus dulu hingga empuk)
Tauge
Kucai

Cili kering*
Bawang putih*
Udang kering*

*blend halus

Panaskan minyak,tumis bahan blend hingga wangi dan pecah minyak.

Masukkan sedikit air.
Mendidih,masukkan bihun dan daging.

Gaul mesra dan masukkan tauge dgn kucai.
Letak garam gula.

Gaul sampai mesra.
Siap!

Bye.





For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016