23 May 2015

Resepi Spaghetti Carbonara yang Sedap dan Mudah.

Hye

Kalau ikutkan aku,aku xberapa minat apa-apa pasta carbonara..sebab aku kurang makan cheese or susu yang dimasak. Tapi Eli suka!gittewww..

Makanya,saja la masak untuk dia..walaupun tahap cerewet dia kalau aku masak western boleh tahan gak.

Dia makan 2pinggan,n puji sedap! Kembang ioll hahahaha..

Resepi yang aku guna ni simple ja. Mudah n dijamin sedap! Hehehe..

Aku guna spaghetti brand kimball, untuk carbonara sauce,aku guna 2jenis.. 1 jenis dah ready made brand leggo,1jenis serbuk.

Halal.
Sauce ni dah siap ada bawang holland y dia potong bentuk petak..besar gak la potongan bawang dia..

Pasta sauce serbuk xingat brand apa..
Tapi kalau nak masak untuk anak makan,aku xsyorkan beli n masukkan dalam masakan,sbb bahan y depa guna banyak gmo punya bahan.
Kalau jumpa jenis serbuk organik lagi bagus. 

~~~~~~~~~


Bahan yang perlu ada :-

4sudu besar pasta sauce leggos(brand apa pun xkisah)
Serbuk lada hitam(tabur atas pasta sauce leggos
1sudu besar pasta sauce serbuk(optional)
Daging kisar ramly
Sebelah Lada benggala(potong dadu)
1labu Bawang besar(potong dadu)
3ulas Bawang putih(cincang halus)
1cawan fresh milk
Pasley flakes
Oregano flakes
Pure olive oil(utk menumis)
Garam
Gula

Cara masak :-

Panaskan minyak olive,tumis bawang putih n bawang besar.
Dah agak layu,masukkn lada benggala.

Masukkan daging kisar,biar air daging kering.

Bila air daging dah kering,masukkan pasta sauce leggos. Kacau rata sampai mesra.


Masukkan pasta sauce jenis serbuk dan gaul mesra.

Masukkan susu fresh,garam dan sedikit gula.

Agak nak mendidih,masukkan pasley flakes dan oregano.

Kacau sampai mendidih sikit,kalau pekat boleh tambah susu fresh lagi,tutup api!siap.


Aku buat agak pekat.
Kalau xsuka pekat,boleh tambah susu sikit bagi cair-cair.


Sebelum di gaul.
Aku tambah cabai kering.
Tabur pasley..


Licin sepinggan.
Heeee..


~~~~~
Selamat mencuba!
Bye.











For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016