1 May 2015

Resepi Spaghetti Bolognese Bebola Daging.

Hye

Baru-baru ni masak western ja untuk lunch. Senang dan cepat.

 Sedaaappp..bukan aku kata,Eli yang kata hehehe

Ni resepi untuk 6x makan. Pandai-pandai la uoll agak n perasakan.

Bahan yang perlu ada :-
Puree tomato --3sudu besar
Sos tomato --2sudu besar
Bolognese sauce cendawan -- 1senduk
Oregano kering --- 1sudu kecil
Pasley kering --- 1sudu besar
Garam
Gula sikit
Olive oil(guna pure punya)
1.5/3 Daging kisar ramly
8biji Bebola daging
Sebiji Bawang besar,saiz sederhana (potong dadu)

~~~~~~~~
Panas minyak olive,masukkan daging kisar,tunggu sampai air daging kering sikit,masuk bebola daging dan juga bawang besar.

Masak sampai air daging betul-betul kering.
Lepas tu masukkan sos bolognese kimball,sos tomato dan puree tomato.

Api slow.

Kalau pekat,letak air sikit.
Agak dah mendidih,letak oregano kering dengan pasley kering tu. Masak lagi sampai mesra semua bahan.

Kalau nak cair,tambah air.
Masuk garam gula,tunggu mendidih. Siap!!

Makan panas-panas. Yummmm..



Aku suka daging kisar tu ada banyak.
Macam Eli xsuka sangat..

Resepi ni memang akan rasa masam-masam tomato kuat sikit..
Sos tomato tu akan buat kuah jadi manis-manis masam..sedapppp!

Adelia pun suka makan.
1st time dia makan spaghetti sekali sauce..
Selalu makan kosong ja.


Bye 











For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016