29 May 2015

Resepi Nasi Goreng Tok.

Hye


Jangan kata rendang ja ada "tok".. Nasi goreng  tok pun ada. Hehehe..

Ni aku guna 100% resepi tok aku. Tok endot(tok sebelah mak kandung), memang ni ja resepi dia guna.

Dulu tiap kali weekend atau pun ada hari yang aku stay rumah tok,memang nasi goreng ni la yang tok akan masak kalau kami adik beradik xmau makan roti canai atau nasi lemak yang tokwan beli.

Samada kakak aku yang kena tumbuk cabai atau aku yang kena tumbuk cabai.

Tok aku cerewet,kena tumbuk sampai betul2 lumat..kalau x mmg jangan harap nak stop menumbuk. So aku kadang berjaya mengelat hahaha..

Nasi goreng tok.

Resepi :-
4-5pcs Cabai kering
5-6ulas Bawang putih (kena banyak)
1-2sudu besar udang kering
Minyak masak
1biji telur ayam
Garam
Gula
Nasi putih(letk dalam peti ais semalaman)

Cara-cara :-

Keluarkan nasi dari peti ais awal dalam 10-15minit.
Tumbuk cabai kering+bawang putih,udang kering.

Panaskan minyak,tumis bahan tumbuk sampai naik bau dan udang kering masak.(api sederhana slow)

Masukkan telur,biar 1-2minit,terus masukkan nasi putih.

Gaul sampai mesra,masukkan garam dan gula.
Gaul lagi sampai mesra,tutup api.

Siap!

~~~~~~~~

Senang gila oi!
Makan time panas-panas.
Sedap!

Rasa bawang putih+udang kering tu..
Fuuuhhh!

Teringat tok.
Makan dengan sepupu,memang syokkkkk la..

So 
Selamat mencuba!






For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016