14 May 2015

KebunPiyah : Tuai Kangkung #1 Dan Cara Mudah Tanam Kangkung Dalam Pasu/Bekas.

Hye

Serius,kangkung adaah sayuran paling senang tanam. Tabur ja anak benih..poooommm! Jadi sayur dalam masa 3hari ke 30hari.

Tuaian pertama.
Dapat la secekak.

Potong-potong buat masa kangkung sambal belacan.

~~~~~~~~
Aku 1st time tanam kangkung main tabur ja dalam pasu,pastu xpuas hati,aku buang n taman balik dalam bekas polistrin.

Bekas tu tak tebuk.
Sebab nak biar air bertakung.

Ni hari ke 3 lepas tabur anak benih baru. Aku tabur dalam bekas yang sama dengan kangkung dalam polistrin.

Tanah aku guna 1/3 tanah hitam selebihnya aku guna tanah campur yang ada sabut. 


Ni lepas masuk hari ke 9-10..naik 2daun mcmni,aku terus letak dekat cahaya matahari.
Siram 2x sehari..

Ni masuk hari ke 14-15 gitu..
Bila pokok tinggi sikit baru aku masuk tanah campur ada sabut tu..sbb tanah tu simpan air..

Masa ni dah nak masuk 3minggu dh..
Selang beberapa hari aku tuai terus. Tapi xsemua..ambil yang betul2 dah boleh makan..

Pemandang lepas tuai.
Mana yang kurus-kurus lagi,aku biar dulu..
Tuai pun xkerat sampai habis,sebab kangkung ni nanti dia tumbuh juga kalau ada batang n akar.

Aku letak baja taik ayam juga,memang nampak la daun jadi galak tumbuh..

~~~~~~

Pada yang nak tanam,memang boleh sangat la..kalau xda bekas besar,tanam ja dalam besen bulat..tak yah tebuk untuk buat lubang pun...
Kangkung dia gila tanah yang berair n lembab dan kawasan yang terima banyak cahaya matahari.

Serius,senang gila nak tanam kangkung.
Biji benih dia pun besar-besar. Tabur ja..
Kalau nak dia tumbuh cepat,rendam biji benih semalaman dalam air.

Esok terus tabur ja..

Biji benih boleh beli dari tanamsendiri.com
Dijamin biji benih yang dapat dari tanamsendiri,biji yang xmengecewakan.

Good luck!
















For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016