13 May 2015

#KebunPiyah : Pokok Sayuran Aku Mula Membesar. Yeeeeeaaaaayyyyy!!

Hye

Buat sementara ni aku stop jap beli tanah. Hahaha.. Nak kumpul duit untuk shopping ke Adelia pula. So sekarang tengah tengok pokok membesar jala.

Paling latest pun,aku semai beberapa jenis sayur hasil dari beli benih dari tanamsendiri.com .

Total Rm30 inc postage.
Ada 10jenis biji benih + 1biji benih free ,total 11.

apa yang aku order :-
Bendi buah lebat
Spinach
Pak choy
Bayam hijau
Kobis hijau
Bunga kobis
Remayung
Celery
Timun mini
Sawi renek
Free benih sayur pelbagai

Sayur sawi,spinach,pak choy,bayam hijau,sawi renek,bendi buah lebat aku dah semai. Tengah tunggu tumbuh ja.

Timun mini kali kedua aku semai,harap menjadi la sebab haritu xtumbuh2 semut curi. Bendi buah lebat pun semai sama hari dengan timun mini,masuk harini baru 3hari..tapi masih xnampak bayang lagi..kena tunggu 1mggu la kot baru nak tumbuh.

Sawi,spinach,pak choy,bayam hijau dah nampak naik anak dah walau kecik-kecik lagi.

Bekas yang tertutup dengan net hitam tu la aku semai sawi,spinach semua. Lagi 3hari nak masuk 1minggu.

Sebelum ni aku letak dekat teduh,ni saja ubah ke sini. Cuma kalau hujan,nanti ubah masuk dalam balik sebab kecik lagi kan..nanti mati plak hahaha..

Dalam botol mineral tepi net hitam tu pokok kailan. Semai kali ke-2. Total pokok kailan sekarang dalam 20anak pokok. Tak tau boleh hidup sampai besar atau x.

Lama juga nak tungu kailan ni besar.

Anak kailan.
Yang dalam botol mineral tu baru naik 2daun.

Pokok terung bulat. Masa beli cikonet ja,murah pula tu,Rm2 ja nursery tu jual.

Pokok terung bulat y tengah galak naik pucuk baru.
Aku balik continue jaga letak baja ja.
Sekarang dah besar.

Pokok terung dia berbulu gila.
Tapi bulu dia xtajam macam bulu pokok bendi.

Ni anak pokok terung panjang.
Aku tanam dari anak benih.
Ni lagi bercinta nak tunggu dia besar hahaha..

Akhirnya,pokok bayam aku membesar juga.
Rasanya xboleh tuai lagi kot.
Sebab xcukup membesar lgi..
Ada 2polibag ja,1polibag aku letak 4pokok. Sian depa kena berebut nutrien,sebab tempat kecik.

Hasil letak baja taik ayam,tumbuh lagi pucuk baru. Bila ada pucuk baru,akan ada la telur rama-rama.

1daun kecik sampai 4biji telur dia letak. Ni kalau xnampak,1malam ja boleh habis 1pokok.
Kumpul-kumpul dapat dekat 15biji lebih.

Dekat pokok kari sikit,pokok limau kasturi sikit,pokok limau purut sikit..pokok lain xda..
Dekat 3pokok ni ja depa singgah bertelur.



Pokok kacang kelisa pun dah mula menjalar.
Serooooonooooookkkk!
Kalau dia sakan sangat menjalar,aku kena ubah ke pagar belakang la,bagi dia menjalar situ.

Anak pokok kucai.
Kucai antara sayuran yang paling senang jaga.
Xcerewet langsung. Pastu serangga pun xsuka nak dekat.

Kangkung pun antara sayur yang senang dijaga. Cuma feberet semut hitam.
Disebabkan ada ruang lagi dalam polisterin ni,maka aku tabur lagi anak benih kangkung.

Tak tau la tumbuh ke x,aku tambah baja dengan tanah campur,bagi air lagi jadi bertakung.

Anak tomato.
Hidup la sepokok ni.
Tu pun aku tatang macam minyak yang penuh hahahhaa..

~~~~~~~~~~~~

Dulu,time tengah baru nak rancak.

Paling terbaru susun atur kebun mini aku hahaha..
Ni kali ke 14627281817362 aku ubah kedudukan pasu dan pokok.

Next,plan nak cari pokok herba yang dapat halau serangga pula macam mint,rosemary,basil..

Stop sat tanam pokok. Hehehe..


Bye.

#kebunpiyah -instagram.
@safiyyah.osmann ---instagram.














For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016