6 May 2015

#KebunPiyah : Diy Tapak Semaian Untuk Serai,Pokok Pandan Dan Timun Mini.

Hye

Rumah aku ni rumah tanam kecik molek ja. Ada tanah sikit gila,tu pun tanah yang xsesuai untuk tanam pokok,sebab keras dan bersemut.

Pikir punya pikir punya pikir..last aku Diy ja. Cuma kena invest beli bata dan tambah tanah hitam.

Memang tanah sekangkang kera gila.
Kalau rumah jiran aku,semua dah bersimen.

Katanya,dulu cikgu yang duduk rumah ni tanam labu depan tu.

Letak tanah dulu sementara nak keluar beli bata.

Eli tolong ratakan tanah dan susun bata. Aku turunkan bata dari kereta dengan buka kampit tanah.

Siap!
Aku beli 40biji bata,1biji Rm25sen.
Aku guna 15++ kampit tanah hitam.

~~~~~
Plan yang ada dalam kepala lepas dah siap tapak baru ni :-
1. Nak tanam bunga kobis dengan kobis.
2. Nak tanam timun mini
3. Nak tanam serai dengan pokok pandan.

Last-last :-
Aku kecilkan tapak tu,just buat tapak baru untuk tanam serai dengan pandan.

Serai aku beli dekat pasar malam,rendam 4-5hari juga sampai la keluar akar. Tu pun rendam xtukar air.
Keluar juga akar putih dia..

Terus aku cucuk ke tanah.

Cucuk 4batang sekali. Jimat space.

Pokok pandan minta dekat MIL,kebetulan SIL balik kampung..banyak juga la anak pandan mak bagi. Aku cucuk semua hahaha

~~~~~~

Sebelum operasi ubah pasu.

Selepas operasi ubah pasu.
Aku tarik pokok kari yang hujung pagar,mai ke tengah..memang 360° la berubah.

Kayu pun dah pacak dekat pokok kacang kelisa.
Tapi kayu tu aku xcat apa pun untuk bagi tahan.
Gamble ja..
Tapi dah tambah jadi banyak. N ubah ke sebelah pagar.

Biar dia menjalar dekat pagar la senang.

Akhirnya,besar dah.
Fuuuuuuu...
Rasa best gila..hehehe

~~~~~~

Bila kira balik modal yang aku dah keluarkan dekat Rm300-400 juga kot..tapi keluar sikit-sikit la.. 

aku dah jimat dari beli daun kari..daun limau purut,daun kunyit..kesum..

Bulan-bulan seterusnya jimat makin bertambah la..insyallah.

~~~~~

Pasu plastik panjang brand baba ni,Rm17/pcs.
Bagi aku murah sebab sebelum ni dok jumpa dekat Rm30 besar tu.

Pasu bulat plastik Rm3.

Nanti pasu nak shopping dekat daiso ja,sebab lagi murah..xpun shopping sekat kedai Rm2. Jimat. Hihihi.

~~~~~

Bye!




















For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016