1 May 2015

#KebunPiyah : Cara Mudah Tanam Tauge. (Tauge Dalam Bekas/Jar)

Hye

Cara tanam tauge ni banyak. Ni kali ke3 aku tanam tauge. Dan aku suka gila sebab senang ya amat. Tak guna banyak bekas. Guna 1bekas ja wei..punya la senang. Hari ke-4 dah boleh makan. Rangup dan tak ada bau hancing.

Hari-pertama.
Kacang yang telah direndam semalaman.
Masa rendam tu,kalau ada biji kacang hijau yang timbul,ambil dan buang.

Kita guna kacang hijau yang tenggelam ja.
Dah rendam semalaman,tos biar kering air rendaman.

Masuk dalam bekas plastik atau jar kaca.

Aku guna bekas merah plastik mcmni
Aku guna saiz ni.

Penutup dia aku tebuk macamni,untuk senang tos air keluar bila kita bilas dia.

Hari ke-2.
Aku bilas tiap 5-6jam
Kalau nak bilas tiap 12jam pun boleh saja.

Cara bilas,masuk air dalam bekas,biar jap dalam seminit 2minit gitu,tutup penutup,buang air sampai betul-betul air xda.

Hari ke-3.
Bilas macam hari ke-2 juga.

Hari ke-4. 
Siap untuk di makan.
Separuh dah guna untuk masak,baru teringat nak snap gambar. Huhuhu

Rasa rangup gila..
Best tanam tauge sendiri,cuma qenyah bila nak cabut akar dia tu..

Kalau nak tauge yang gemuk,makesure guna bekas yang kecik. Nant memang dapat tauge yang gemuk.

So far cara ni lagi mudah dan menyenangkan..sebab kalau guna cara yang pakai kain tu,qenyah oi.
Dah 2x aku buat pakai kain..memang majai gila..
Hahaha..

Lepas ni memang cara ni jala aku buat,hari ke-4 dah boleh makan.
Senang dan mudah gila.

Sebenarnya baru aku tau yang memang betul memang ada pengusaha tauge atau sayur-sayuran guna air kencing sebagai salah satu baja. Sebab air kencing kaya dengan zat yang diperlukan oleh tanah.

Sebab haritu ada chinese cakap,dia suburkan sayur guna air kencing dia yang diperam dengan kulit n kepala udang. Tapi dia cakap dia xsiram la betul-betul atas pokok,dia siram dekat batas sayur ja..hehehehehe..

Tauge aku xtau la depa sungguh guna air kencing ka apa..sebab setengah tauge bau hancing..

Dulu masa aku dok salak tinggi,taman mawar fasa 2,ada melayu yang jual tauge dia buat so memang beli dari dia ja..tauge dia bersih n xda bau hancing pun..

Sekarang,dah tau cara mudah buat tauge,memag aku buat sendiri la lepas ni.


Selamat mencuba!
Bye








For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016