2 May 2015

#KebunPiyah : 18 Jenis Pokok Dan Sayuran.

Hye

Baru nak masuk 2bulan++ rasanya aku berkebun depan rumah sewa ni, sedar-sedar dah ada 18jenis dah pokok n sayur yang aku tanam.

Kalau kira total pasu/polibag ada la dekat 30pcs. Hewhewhewhew

Biji benih baru pun otw ni hahaha..sumpah memang ketagih.


Sekarang ada :-
Pokok terung bulat.
Anak terung panjang.
Daun kari.
Bendi.
Kacang kelisa.
Bayam merah.
Pegaga kampung.
Serai.
Kunyit.
Kacang panjang renek.
anak kailan.
Kangkung.
Selom.
Selasih.
Limau kasturi.
Limau purut.
Kucai.
Anak tomato.

~~~~~~~~~
Biji benih yang baru order haritu,insyallah sampai dalam minggu ni.

Aku order semula timun mini,sebab haritu timun mini hilang semut or burung kot makan..semai2 xnaik2..bila korek balik memang xjumpa dah anak benih dia..padahal anak benih timun mini besar.

Kobis n kobis bunga pun order semula,sebab yang haritu semai langsung xnaik-naik..pelik betei..

Spinach beli juga sebab Eli boleh guna masak western.

Total untuk anak benih + postage =Rm30.
Sepeket Rm2 untuk semua jenis anak benih.
Postage Rm10.

Syok beli dari tanamsendiri.com,mesti nanti dapat benih free banyak.

~~~~~

Ni antara anak-anak pokok benih ambil dari jiran dan beli dari tanamsendiri.com

Anak tomato tinggal sepokok ja,satu lagi Mek-on landing baik punya..

Anak terung panjang,ada 2pokok,anak terung memang makan masa gila nak besar,anak tomato tu dah 6-7daun,dia baru 3daun..En.iskandar kata terung memang lambat pertumbuhan dia.

Pokok kacang renek,baru sepokok aku pacak besi.cari kayu xjumpa-jumpa,pacak besi yang ada dulu.

Pokok kacang renek,jiran sedekah biji benih,semai 4,naik 3..nak simpan 2pokok,sepokok lagi nak bagi dekat kak Deila.

Bayam merah makin nak membesar. Ada 12pokok sebelum ni,pastu si Mek-on landing dekat 4pokok,tinggal la 8pokok ja..

Aku kurang bayam merah,tu yang order bayam hijau pula dekat En.Iskandar.

~~~~~~~

Pokok kesum ni aku ubah p ke tanah,sebab akar-akar2 dia terkeluar kot lubang pasu..pastu kan aku letak atas simen,panas akar dia..

Ubah letak sini,sebelah dengan pili air.
Sebelum ni tanah ni,keraih air xbertakung,pastu aku p letak tanah pokok cili yang mati tu,terus jadi berair macamni..tapi lama-lama tu air terserap la,tapi stil tanah tu jdi lembab,aku rasa kalau ubah kesum dik sini mesti lagi ok..akar dia pun nanti masuk tanah direct terus.

Ni masa baru beli haritu,sedih ja..hahaha..
Masa beli dapat Rm2 sepokok.

Tanah aku guna tanah campur,tanah campur ni dia letak sabut kelapa,even pasu air xbertakung pun xpa sebab tanah ni simpan air,lembab ja..

Pasu aku tutup 2lubang.

Aku namakan kesum ni,kesumku,kesummu jua..hahaha..jiran-jiran di alu-alukan untuk ambil..xtermakan pun kalau aku sorang.

Ingat nanti nak bagi ke SIL juga sebab dia pun suka tanam pokok jenis boleh buat makan ni.

~~~~~~

Kangkung.
Ni kali kedua tanam.
Walaupun xberapa puas hati sebab xnampak penuh,redha jala..ikut hati nak buang tabur lain..tapi sayang pula sebab naik cepat banding masa mula tanam dulu tu.

Naik 2daun,terus aku letak dekat cahaya matahari n senang kena hujan.
Tu yang cepat ja naik daun ke 3-4.

~~~~~

Ni pokok kacang kelisa/kacang botol.
Baru pacak besi ni sebab dia macam nak condong.

Ingat nanti nak ubah letak belakang rumah ni,aku dah siap kemas n bersihkan.

Nak biar ja di menjalar dekat pagar..tapi tula..xtetap lagi ni pendirian aku hahaha..

Dok plan juga nak buat pancang kayu..
Xtau mana yang ok..

Pokok kacang kelisa ni,hebat wooo..bila siang,dia kepakkan daun dia,nanti bila malam,dia turunkan daun dia ke sisi batang pokok. Kagum aku tengok..huhuhu

~~~~~~

Pokok bendi yang aku ubah tu,alhamdulillah hidup subur walaupun lepas 3hari ubah,anak yang nak jdi buah tu mati n jatuh dari pokok.

Tapi xapa la..aku baja macam biasa,daun yang kena serangan macam ulat lalu atas daun tu,aku kerat daun dan buang.


Ni pula pokok yang maintain dalam polistrin,kena serangan bena n semut teruk gila..
Stress wei..

Sebab xtahan sangat,sembur neem oil pun xjadi apa,aku sembur ridsect. Aku xdan nak beli yang waterbase,aku sembur yang biasa tu..

Selamat xmampoih pokok,daun ja mampoih..so aku kerat la..biar daun yang xkena sembur hidup macam biasa.

Lpas sembur,xdak dah masalah semut dan bena.
Sebelum ni banyak gila tambah bawah daun.

~~~~
Pokok cabai yang aku beli sama hari dengan pokok kesum tu,aku buang terus sebab semua daun jadi putih..pastu aku beli pokok selasih.

Settle terus masalah bena n binatang pak rayap yang lain.

Ni aku nak beli pokok pudina dan selasih jenis lain pula.

~~~~~~~

Nampak macam senang nak jaga pokok..padahal payah juga..

Continue dikemudian hari..bye.


















For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016