7 May 2015

Resepi Mudah Chicken Popcorn + Habbatus sauda, Feberet Adelia.

Hye

Ni antara menu feberet Adelia, kadang aku guna ayam,kadang guna isi salmon. Kadang guna brokoli atau cendawan.

Breakfast share sama-sama.
Tapi ibu makan sikit ja.
Adelia habiskan.

Habbatus sauda tu Adelia suka sebab dia cakap tu coklat.

Sprinkle coklat katanya..satu-satu wei dia kutip makan. Hahaha..

~~~~~~~~

Nak buat popcorn ni makan masa tak sampai pun 15minit. Senang dan mudah.

Potong isi ayam jadi saiz sederhana.
Cuci dan tos sampai air ayam kering.

Masuk dalam mangkuk,pecahkan sebiji telur ayam. Gaul sampai ayam dengan telur mesra.

Masuk garam dan habbatus sauda(black seed)
Masuk sedikit butter,kalau tak ada butter,masuk pure olive oil sikit.

Masuk tepung gandum sikit.

Bila dah gaul sekali tepung n telur,jadi macam gambar. Kalau boleh gaul sampai tepung xketul.

Tepung jagung.

Angkat ayam yang dah digaul dengan telur n tepung gandum tadi masuk dalam tepung jagung.

Golek-golek isi ayam dalam tepung jagung sampai rata.

Time golek isi ayam tu,kna panaskan api sesiap.
Lepas semua bahagian dah kena tepung jagung terus masukkan dalam minyak panas.

Api sederhana. Goreng sampai kekuningan dan ayam masak.

*lebihan telur campur tepung gandum tu boleh simpan utk masak hari seterusnya.**

Siap.

Nak makan,terus tabur ja black seed atas chicken popcorn tu.


Makan cicah sos tomato pun dah sedap.




Bye.








For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016