13 April 2015

Sambal Ayam Ketuk Daun Kunyit.

Hye


 Aku masak hari sabtu haritu,itu pun bila Eli dok suruh masak sambal ketuk ni..selalu guna daging.

Tapi Banting ni susah nak dapat daging,so ganti ayam.

Resepi sama ja macam buat sambal biasa,cuma kena rajin sikit goreng ayam--ketuk ayam---goreng balik ayam yang dah diketuk tu..masak sambal sampai pekat n pecah minyak---masuk ayam. Perasa dengan garam gula,siap.

Ayam tu goreng macam goreng ayam biasa,gaul garam kunyit.

Biasanya sambal aku style macamni :-
Blend cabai kering dengan bawang besar 1labu,3-4biji bawang putih..

Tumis cili blend sekali dengan gula merah,asam keping..tunggu sampai pecah minyak,masuk ayam. Masuk garam gula.masak sampai sedikit kering.

Kalau buat sambal ikan or seafood,aku suka blend/tumbuk ikan bilis,masuk air sikit,bila sambal pecah minyak terus masuk ikan bilis tadi skali air dia.

Tunggu sampai sbal kering sikit,tutup api.


Daun kunyit,masukkan last sekali.

Nanti naik bau daun kunyit tu lagi bertambah selera. Licin Eli makan sorang2 sambal ni.
:)


Selamat mencuba.
Bye.








For Events, Review/shoutouts, Advertorial & Advertising kindly contact me at safiyyahosman@gmail.com
Copyright to SafiyyahOsman
Designed by UMIESUEstudio 2016